Followers

kullu sanah wa entum bikhair...!!

Kullu sanah wa entum bikhair. Masa
bganti masa,sedar xsedar skali lagi kita
btemu dgn hari kebesaran islam yg mulia
lg dimuliakn ini.tanpa sebarang
kekurangn dan kesusahan, nikmat Allah
masih menyebelahi kita untuk meraikan
hari yg penuh keberkatan dan rahmat.
Sempena Aidil Adha ini,bykkn lah mngucap
syukur dan bertakbir krn masih dipilih
oleh Allah untuk diberi peluang yg
begitu bharga ini. Dikesempatan ini
juga,ingin sy memperingati dan mengajak
diri sy dan shbt2 smua utk mengambil
manfaat@kebaikan yg semaksima mungkin
disamping memperbanyakkan selawat ke
atas junjungan Rasulullah dan juga
Khalilullah(Nabi Ibrahim) serta Nabi
Ismail sempena memperingati sirah
pengorbanan baginda. Moga-moga dengan
keberkatan dan rahmat Ilahi, kita
digolongkan ke dalam golongan baginda di
Akhirat kelak bersama para syuhada dan
solihin,diangkat darjat serta diampunkan
dosa yg telah lalu mahupun dosa2 yg akan
dtg...amin..wa aakhirul kalam.. SELAMAT
HARI RAYA AIDIL ADHA buat shbt2
perjuangan sekalian!!mohon maaf ats
segala kesilapan dan kekurangan krn
diriku hanya insan biasa..;-)

Read more...

hidup dalam bahagia perjuangan....

Salam perjuangan untuk pejuang sejati mujahid Ilahi. Semoga semangatmu masih dalam keteguhan hati, tak pudar walau seinci. Sekuatmanapun dugaan, setinggi mana pun rintangan, setebal mana pun benteng penghalang, mujahid sejati takkan sesekali tewas. Bahkan itulah muhasabah yang meneguhkan iman, menaikkan semangat, kerana masing-masing sudah tahu ganjaran perjuangan sangat besar disisi Tuhan. Memang benar hakikat kehidupan, tak semua orang yang berjaya sampai ke garisan penamat dengan memegai trophi kemenangan, bukan semua yang berjaya bergelar juara dan bukan semua yang berjaya meraih gelaran as-syahid kerana di tengah jalan itu terlalu banyak duri yang tajam.Diri mana yang mampu memijak duri tanpa ada alas di kaki. Begitulah ibaratnya perjuangan ini, takkan kita mampu menghadapi onak dan duri tanpa ada keteguhan iman. Tapi adakah iman sudah cukup kuat untuk menghadapi perjuanagan ini? Bagaimana pula dengan ilmu yang kita ada? Yang memjadi bekal apabila berhujah, jawapan apabila dibidas.. tepuk dada, tanyalah akal, moga iman mampu menjawab..

Ingatlah wahai diri, perjalanan kita masih jauh. terlalu banyak perkara yang perlu kita hadapi sedangkan ujian Tuhan pula silih berganti. Di manakah kekuatan yang perlu kita cari kalau tiada semangat dalam diri. Kalaulah jalan itu dekat dan licin tanpa karat, pasti ramai pula yang mengikutinya, namun itulah tanda bahawa syurga itu bukan percuma. Kisah ummat sebelum kita sudah cukup untuk di ambil ikhtibar. Kuatnya semangat mereka sehingga islam berjaya menguasai dunia. Tiada yang mempu menghalang, semuanya sanggup dikorbankan baik harta, tenaga dan nyawa. Kerana mereka tahu bahwa itu hanya sementara sedangkan janji Allah itu yang utama. Seperti yang Allah janjikan bagi yang syahid bahawa mereka sebenarnya bukannya mati sebaliknya hidup disisi Allah yang penuh dengan rezki sebagai balasan pengorbanan mereka yg suci. Itulah semangat yang perlu kita cari, contoh terbaik sebagai pengubat hati. Ingatlah sabda nabi: “orang yg paling byk mendapat cabaran ialah golongan para nabi kemudian golongan selepas itu dan selepas itu...’’

Kita hidup bukan kerena dunia kerana ianya hanya sementara, kita hidup bukan kerana harta kerana ianya tidak boleh dibawa ke alam sana tapi kita hidup untuk agama yang menjadi penjamin kita, tiket ke syurga. Jadi sama-samalah kita fikir sejauh mana kita telah bersungguh dalam agama ini, berjuang untuk kalimah Ilahi. Masa yang banyak jangan dibuang begitu sahaja kerana tanggungjawab mencemburui kita. Takkan ke mana kalau asyik leka dengan nikmat yang sementara kerana tanggungjawab mengatasi masa yang ada. Perlu banyak yang mesti dilaksanakan untuk islam supaya generasi ummat selepas ini tidak ketinggalan menerima kebenaran. Kalaulah ummat hari ini sudah dalam keraguan, apa yang akan jadi pada ummat masa depan?? Mungkinkah mereka itu mampu kekal menyambung tugas para Nabi? Moga-moga perjuangan kita hari ini mmendatangkan barakah untuk mencari keredhaan Ilahi.

Sama-samalah kita doakan agar islam tidak lagi ditindas oleh kafir laknatullah dan semoga saudara-saudara kita seislam sentiasa dalam lindungan dan pertolongan Allah yang Maha Perkasa. Aminn...!! renunglah sepotong kata-kata Saidina Umar r.a: “Dulu kita adalah kaum yang hina, Allah telah memuliakan kita dengan islam, jika kita mencari kemuliaan dari selain yang Allah muliakan kita dengannya, maka kita akan dihina oleh Allah’’.. semoga kita ditetapkan hati dalam perjuangan mencari kemuliaan dengan kehebatan dan kebenaran islam... Innaddina ‘indallahil islam!

Read more...

new renovation

bismillahir rahmanir rahim!
mulakan setiap amalan dgn niat yg baik, tajdid@tashih niat. moga2 setiap amalan kebajikan yg kita buat sama ade amalan yg biasa@ tdk biasa, kecil atau besar akan dikira oleh Allah sbg amal ibadat kita.. walaupun sebesar zarah sekali pun amalan itu, Allah Maha Mengetahui segala apa yg kita buat dan ingatlah Allah sekalipun tdk pernah kedekut utk mberi ganjaran kdp hambaNya selagimana hambaNya itu bsungguh2 mencari jalan yg terbaik dlm pencariannya.. jadi, buat pembuka kata ini, sama-samalah kita mtashihkan niat kita agar hal kebajikan ini dikira oleh Allah sbg ibadat kita,hamba yg beriman. agar kita tidak lupa dgn nikmat Allah yg dtg dari pelbagai punca dan arah,yg tak terbilang byknya. maka jgnlah kita sesekali bputus asa dalam mcari nikmatnya agar dgn nikmat itulah yg akan mdekatkan diri kita kepadaNya,Tuhan Yang Maha Kaya dan menjadikan kita hamba yg sentiasa bersyukur...amin ya rabbal aalamin...!!

Read more...

Semarak Perjuangan...

PERUBATAN Caw. Iskandariah

PERUBATAN Caw. Iskandariah
Laman Rasmi PERUBATAN Cawangan Iskandariah

Forum Perbincangan PCI

Forum Perbincangan PCI
Forum Perbincangan PERUBATAN Cawangan Iskandariah

Keluarga Penuntut Terengganu

Keluarga Penuntut Terengganu
Laman Rasmi Keluarga Penuntut-Penuntut Terengganu Mesir (KPT)

  © Blogger template Shush by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP