Followers

...Sekeping HATI... (part II)

Setelah beberapa ketika dilambung kesibukan kerjawi, terdetik dihati ini betapa kosongnya jiwa jika dibiarkan begitu sahaja, tanpa makanan dihidangkan, tanpa mandian dicurahkan, tanpa tanggungjawab dikerjakan. Ibarat jasad seorang manusia yang sempurna, makin hari kuruslah ia tanpa makanan, busuklah ia tanpa mandian dan terlalailah ia tanpa pekerjaan.begitulah ibaratnya kerana hidup ini merupakan kejadiaan yang sering berputar dalam satu perkaitan dan persamaan. Umpama sunnah Allah yang diciptakan sejak azali lagi. Air yang bertakung lama kelamaan akan tersejat juga kemudian membentuk awan, beluncas pula membentuk kepompong yang kemudian menjadi rama yang bertebangan. Itulah yang diertikan dgn satu kejadian, dikaitkan dengan hati jika dibiarkan kelaparan tanpa makanan maka kebulurlah ia seolah haiwan yang dibiarkan dalam sangkaran tanpa tuan.

Namun menyebut tentang makanan hati bukanlah dimaksudkan dengan ‘batotis’ atau to’miyah atau mi goreng mahupun tom yam akan tetapi pengiraannya adalah pada pengisian. Pengisian al-quran misalnya. Seperti dalam riwayat hadis, pernah nabi bersabda “sesungguhnya hati manusia akan berkarat sepertimana berkaratnya besi. Lalu bertanya sahabat baginda: bagaimana hendak membersihkannya ya Rasulullah. Berkata Rasulullah: banyakkanlah membaca Al-Quran dan memngingati mati”. Dalam memahami hadis ini, benarlah hati manusia itu tidak sentiasa berkilat seperti berkilatnya kilauan mutiara, tidak sentiasa jernih seperti bersihnya zam zam yang mulia tetapi akan berkarat kalau tidak dijaga. Kita kembali kepada sunnatullah, seperti sebuah kereta, yang mahal harganya, istimewa buatannya, mungkin yang dicipta khas untuk seorg raja, sentiasa dijaga oleh pekerjanya, hari-hari dilap, dibasuh dgn sabun yang kualiti yg tiada tandingannya, pasti sukar sekali diserang dengan karat hatta debu sekalipun. Semuanya kerana ada padanya penjagaan yang sangat rapi. Begitulah dimisalkan dengan HATI. Jika hari-hari menhayati kalam Allah yang suci, ditambah pula dgn titipan hadis nabi, dihias lagi dgn zikir pada Ilahi, ditanam dengan kalimah-kalimah yang suci, diajar lagi dengan ilmu-ilmu islami maka berkilatlah hati itu tanpa ragu-ragu lagi. Manakah logiknya si buta yang mampu melihat tanpa mata? Tidak sesekali.. itulah hati, kalau ianya bersih, pasti tiada buta lagi.

Rosaknya iman seorang munafiq itu adalah kerana rosaknya hati. Kerana hati mereka itu penuh dengan kepuraan. Kejujuran mereka itu dihiasi dgn penipuan, keikhlasan mereka itu satu kebanggaan, harapan mereka tiada melainkan puji-pujian. Begitulah dasyatnya bila hati tiada penghambaan kepada Tuhan. Adakah itu yang kita mahukan? Hati yang sentiasa menipu Tuhan. Kata Allah dlm Al-Quran “sesungguhnya orang-orang munafiq itu menipu Allah sedangkan Allah membalas tipu daya mereka, dan apabila mereka mendirikan solat mereka berdiri dgn malas, menunjuk-nunjuk kepada manusia dan mereka tidak ingatpun kpd Allah melainkan sedikit”. Jelas kepada kita penerangan daripada Pencipta siapa mereka yang rosak hatinya, munafiq golongannya iaitu hati-hati yang lupa kepada Allah termasuk yang menunjuk-nunjuk dalam pengibadatannya.

Justeru sememangnya hati itu milik kita untuk dijaga. Diberikannya 1 kuasa untuk menguasai manusia. Ibarat raja yang mentadbir dunia. Sejauh manakah kita menjaganya?.. sekaliku renung, alamkah zalimnya manusia, termasuk kita yang leka. Kenapa raja-raja@DYMM@ Perdana Menteri mahupun sebarang menteri yang ada, setiapnya ada yang menjaga atau dikenali dgn ‘body guard’ atau lebih hebat lagi sehingga didampingi ‘Personal Assistant’. Bukankan kerana pangkatnya yang berhak berkuasa. Namun sebaliknya, seketul hati yang lbh berharga dlm diri kita tiada siapapun yang ambil kira,terbiar tanpa terjaga. Akhirnya buta kerana terlalu cintakan dunia. Wahai jiwa ini, teringat aku pada kalam yang mulia, firman Allah dalam kitabnya “barangsiapa yang buta di dunia ini, maka dia diakhirat sana juga dalam keadaan buta bahkan lebih sesat lagi”. Yang disebut buta disini bukanlah pada mata, akan tetapi khas untuk hati yang padanya tidak dijaga. Seperti lagi disebut dalam kitabNya “ sesungguhnya yang buta itu bukanlah mata-mata kamu akan tetapi yang buta itu ialah hati yang berada didada kamu”. Sekali lagi tertewas kita dengan ketetapan Pencipta, tiada lagi dalih yang mampu kita bawa, alasan yang mampu dipertahan, hujah yang mampu melawan kerana ianya semua jelas dalam Al-quran.Memang benar itu semua. Apabila hati bersih, maka bersihlah segala amalan.

Sejauh mana pula kebersihan hati yang kita harapkan? Adakah sekadar dengan tulus menghulurkan seringgit kpd peminta sedekah? Atau 2ringgit kepada saudara kita di Palestine? Jom kita imbas sedikit kisah sahabat. Mengikut Anas Bin Malik, abu Talhah adalah sahabat ansar yang kaya raya. Antara harta yang beliau miliki ialah sebuah tanah yang dikenali sebagai ‘Bairuha’. Selepas turunnya sepotong ayat dari Al-Quran yang bermaksud “kamu tidak akan mencapai kebaikan sehingga kamu menafkahkan apa yang kamu cintai”(ali-Imran;92) lantas Abu Talhah pergi berjumpa dengan Nabi dan berkata “ya Rasulullah, saya ingin mendermakan tanah yang paling saya sayangi iaitu Bairuha. Derma ini saya lakukan kerana Tuhan”. Begitulah kesannya apabila hati bersih lagi suci, tiada pertikaian dalam pengorbanan, semuanya dilakukan kerana Tuhan.

Bagaimana pula tentang kekhusyukannya? Mampukah hati kita hadir sepenuhnya ketika solat? Itu semua barkaitan dengan hati. Kenapa diperkatakan begini? Salah seorang daripada khulafa’ ar-Rasyidin iaitu Saidina Ali Karramallahuwajhah berkata “ khusyuk tempatnya di dalam hati”. Begitu juga yang disebut oleh Imam Hasan Basri “tempat bagi khusyuk ialah di hati kemudian ia mempengaruhi dan mengawal pandangan mata serta menengakan anggota badan”. Sekali lagi kita menyusuli pula kisah Saidina Uthman. Pernah sekali Saidina Uthman telah terganggu khusyuknya dalam solat gara-gara memikirkan tentang sebuah kebun yang dimiliki oleh beliau. Kemudian lantas Saidina Uthman pergi berjumpa dgn Rasulullah untuk menginfakkan terus kebunnya itu fisabilillah dengan alasan kebunnya itu telah menyebabkan terganggu khusyuknya dalam sembahyang. Betapa sucinya hati beliau sehingga sanggup menginfakkan kebunnya demi untuk menjaga SEKEPING HATI.

apabila kaum Adam lalai...


Begitu juga apabila kita berbahas tentang akhlak. Semuanya akan berkisar lagi tentang HATI. Kenapa kenapa dan kenapa? Contoh yang terbaik kita lihat pada qudwah kita iaitu Nabi SAW. Kenapa pula perlu dibandingkan dengan hati seorg nabi? Mudah, kerana hati baginda telah dibersihkan oleh malaikat. Kita jalankan satu eksperiman antara hati yang bersih(yang telah dibasuh dengan air zam-zam) dengan hati yang kotor dan kesannya pada akhlak. Jelas sekali hati mulia Nabi membuktikan kekaguman semua orang sehingga apabila sahabat bertanya tentang akhlak nabi kpd Saidatina Aisyah, beliau berkata “akhlak baginda adalah akhlak Al-Quran”. apa pula yang dimaksudkan dgn akhlak al-Quran? ringkasnya segala apa yang termaktub di dalam al-Quran, segala itulah yang diamalkan dan ada pada Nabi SAW. Ingatkah kita tentang peristiwa penting sehinggakan baginda digelar ‘al-Amin’? ya. Itupun kerana bukti kejujuran hati baginda. Bukan sekadar itu, jelas hari ini ilmuan barat juga mengagumi dan mengiktiraf kesucian HATI dan kemulian akhlak Nabi. Saya membawa 1 contoh, Thomas Carlyle di dalam bukunya On Heroes, Hero-worship, and the Heroic in History berkata “(Muhammad) amat beradab, berbeza dari lelaki lain ketika itu... jika tidaklah kerana sifat-sifat ini tidak mungkin orang-orang arab yang ganas itu menghormati dan menyanjunginya”

Kepada pembaca sekalian,sekali lagi coretan ini berputar sekitar HATI. Bukanku sengaja mengupas tentang hal ini tapi harapanku semoga coretan ini benar-benar memberi kesan kepada hatiku agar ianya kembali dekat dengan ILAHI. Mungkin juga berguna untuk kita dalam ketika menghadapi musim peperiksaan untuk kita lebih dekat denganNya. Namun tidak bermakna taqarrub kita kepadaNya hanya kerana peperiksaan sebaliknya bukti ketaqwaan dan tawakkal kita setelah jerih berusaha mencari ilmuNya. “dan kepada Allahlah bertawakkalnya orang-orang yang beriman”(ali-Imran;160)

Akhir kalam, Kenapa hati itu begitu sukar untuk dijaga? Adakah sememangnya kerana kelemahan umat akhir zaman? Atau terfitnah dengan kebendaan? Atau terlalai dengan kecintaan? Terlupa akan nikmat Tuhan? Atau terlalu seronok dengan kehidupan? Ataupun kerana keasyikan dengan segala kesenangan? Segala persoalan membenak difikiran. Hanya menunggu pandangan dari sahabat sekalian. Dengan jutaan pengharapan dan keinsafan semoga hati ini sentiasa dalam redha Tuhan. Amin...

Read more...

Semarak Perjuangan...

PERUBATAN Caw. Iskandariah

PERUBATAN Caw. Iskandariah
Laman Rasmi PERUBATAN Cawangan Iskandariah

Forum Perbincangan PCI

Forum Perbincangan PCI
Forum Perbincangan PERUBATAN Cawangan Iskandariah

Keluarga Penuntut Terengganu

Keluarga Penuntut Terengganu
Laman Rasmi Keluarga Penuntut-Penuntut Terengganu Mesir (KPT)

  © Blogger template Shush by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP