Followers

Sabar Membentengi Diri

“Sakit hati... hikmah- melatih diri supaya bersabar”

Inilah status YM saya semalam sebaik sahaja mendapat satu khabar buruk drpd seorang senior. Khabar yang sememangnya sudah saya sangka, Cuma waktunya sahaja tergantung entah bila. Akhirnya, tiba juga bertandang menemui saya melalui seorang senior yang agak rapat sepanjang perkenalan di bumi Iskandariah ini.

Sabar!

Sikap hati yang saya perlu ajar untuk menahan marah. Saya sedar untuk terus bertenang. Memang hidup ini Allah hidangkan dengan dugaan terutamanya untuk menguji di mana tahap iman.

Sabda Nabi SAW datang menziarah ruangan memori..

لا تغضب

“Janganlah engkau marah”

Saat itu, seorang sahabat Nabi bernama Abu Darda’ bertanya kepada nabi. “ wahai nabi, tunjukkan kepadaku satu amalan yang akan membawa aku ke syurga” Nabi menjawab: “janganlah engkau Marah

Kemudian hadir pula potongan ayat dari surah Yusof untuk memotivasikan diri

فصبر جمِيل

“Hanya bersabarlah itulah yang terbaik bagiku”

Kisah Nabi Ya’kub yang diceritakan melalui ayat 18 surah Yusuf ini kembali melembutkan hati yang sedikit merah ini. Pengajarannya saya fahami untuk diaplikasi. Ketinggian nilai islami yang dizahirkan oleh Nabi Ya’kub sendiri sungguh mujarab untuk dijadikan ubat sabar. Baginda mampu bersabar setelah diceritakan bahawa Nabi Yusuf,anak kesayangan baginda telah dimakan serigala. Bahkan bukti palsu berupa baju Nabi Yusuf yang dilumurkan dengan darah serigala masih tidak mampu untuk menembusi benteng kesabaran yang ada dalam hati baginda. Hati saya semakin redha

Sebagai mukmin kita perlu tahu, kekuatan kita juga terletak pada nilai kesabaran. Walaupun hikmahnya kita tidak nampak dengan segera, tetapi keyakinan kita perlu ada untuk melihatnya sebagai kejayaan dakwah seorang penyeru agama kerana natijah itu mungkin diperolehi kemudian.

Akhirnya, Allah telah pertemukan semula Nabi Ya’kub dengan Nabi Yusuf. Selain itu, anak-anaknya yang telah mengkhianati Nabi Yusuf juga telah insaf dan terus bertaubat. Begitulah besarnya kejayaan jiwa hasil daripada usaha menahan sabar dan nafsu amarah.

“manusia yang gagah bukanlah dia yang mampu menjatuhkan lawannya, sebaliknya yang gagah itu ialah dia yang mampu mengawal diri ketika marahnya” (al-hadis)

Disamping memberi kebaikan kepada rohani, bersabar daripada marah juga memberi kesan dari sudut psikologi. Menurut satu kajian, perasaan marah boleh meransang pengeluaran protein tertentu yang dikenali sebagai inflammatory proteins. Protein jenis ini blh menyebabkan arteri menjadi keras yang akan membawa kesan negative kepada kesihatan badan iaitu strok dan sakit jantung.

Perasaan saya bertambah tenang lebih-lebih lagi sebagai seorang pelajar perubatan untuk mengambil tahu dan alert tentang perkara yang berkaitan dengan psikology dan physiology badan.

Tidak berapa lama status YM saya ditayangkan, tiba-tiba saya menerima 2 mesej daripada seorang rakan satu angkatan di sini. Satu daripada hadis Nabi, satu lagi sepotong ayat al-Quran surah an-nahl.

"Tidaklah seorang muslim tertimpa kesulitan, penyakit, kesusahan, kesedihan, gangguan dan duka cita sehingga duri yang menusuknya kecuali Allah akan menjadikan itu semua sebagai penghapus dosa dosanya." (HR. Bukhari dan Muslim).

"Dan sesungguhnya Kami akan memberi balasan kepada orang orang yang sabar dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan." (Q.S. An Nahl: 96).

Hati yang diserang dengan perasaan yang menyakit lagi merimaskan ini kembali pulih seperti sedia kala setelah ubat-ubat jiwa berupa peringatan ditelan rohani dengan penuh selera. Pengajaran semalam betul-betul menumbuhkan sejuta hikmah. Saya beristighfar. Semoga masalah yang dihadapi mendapat petunjuk Tuhan.

“Ketika perasaan marah berkobar, ia boleh diubati dengan azimat ilmu dan amal” (al-Ghazali)


::agar diri terus bersabar,aku harus cekal::

Read more...

New Post??

Hari ini, dah dekat 2 minggu ana tak update blog ni. Memang masa tu terasa cepat kalau kita yang berjalan. Jadi, kita pun perlu cepat untuk mengejar masa. Macam mana? berlari? Naik heli?.... tak perlu. Cukup kita tanya diri, sejauh mana kita manfaatkan masa yang ada. Sependek mana pun masa yang ada, ia tidak rugi kalau kita tahu dimana letaknya kualiti. Gerak kerja!

~masa itu lebih berharga daripada emas ~

Semalam, naqib ana tanya “enta update tak blog enta?”

Tanpa segan silu bahkan dengan tersenyum tersengeh menjawab “hehe...tak”

Ana pun pelik, kenapa susah sangat nk update blog ni. Apa guna ada blog kalau tak update. Takkan nak tunggu orang tanya baru nak update. Tapi hakikatnya, untuk generate idea kat blog ni, ana memang perlukan masa yang agak lama & betul-betul dalam keadaan aman. Kalau tak, focus entah ke mana. sia-sia je duk lama-lama depan laptop ni tapi idea tak de.:-)

Ditambah dengan fatrah imtihan ni, lagi rase tersepit dengan masa. Revision entah macam mana. selasa ni exam praktikal histology. Then, anatomy & physiology pun tengah menunggu giliran. Moga najah ye. Maattaufiq!

Tapi hari ni, nasib baik la dapat satu idea untuk muatkan isi blog ni. Alhamdulillah berjaya. Anyway syukran kat naqib ana kerana secara tak langsung cetuskan idea untuk post kali ni. Heh!

Walaupun hari ni tak berapa sihat, kene gagahkan jugak untuk penuhkan ruang blog ni alang-alang ada sedikit masa terluang. Mana tahu, terselit barakah, bertambah sihat.ameen! Sebelum petang kene siapkan. Tengah hari ada praktikal physiology. Lepas asar nanti ada tugas lagi. Maghrib? Moga hari ni Allah permudahkan kerja-kerja ni. Rabbi yassir!

Read more...

Amanah sebuah Perjuangan

Tik..tik.. kedengaran hp nokiaku memanggil, menandakan ada sekeping mesej diterima. Aku terus mengagak, biasanya family aku je yang send mesej melalui hp nokia bersimkadkn celcom ni. Aku terus menekan butang menu dan terus ke inbox tapi kali ni bukan mereka.. sebaliknya seorang sahabat dari Malaysia yg sudah lama menyepi. Aku terus membaca...

“Dalam jauh perjalanan, Allah amanahkan sebuah perjuangan, terimalah dengan kekuatan, kadang-kadang dugaan yang mendatang, terkadang teman tak sehaluan, terkadang kejayaan gagal dicapai. Namun itulah ujian dalam mencari iman. Moga jelas fikrah dijiwa dalam perjuangan islam tercinta untuk merebut redhaMu Cuma”

Aku tertunduk, mata sedikit berair,mengembalikan aku ke medan muhasabah. Aku meneliti setiap kalimah supaya hati aku betul-betul memahami. Moga-moga jiwa yang tenat ini terubat dan kembali bersemangat untuk terus berdiri.

Maksud disebalik mesej ini betul-betul berpijak pada realiti aku hari ini. Kekuatanku untuk menerima amanah Ilahi seolah-olah semakin lemah. Jiwa terlalu manja dengan ujianNya. Terlalu mudah untuk mengalah.Kadang-kadang bermacam alasan diberi. Saat ini, kekecewaan merajai diri. Hati seolah mati.

“SC kawan-kawan tahun 1 camne?” Tanya ketua UPI, Unit Pembangunan Insan.

Aku tersentak,sekali lagi soalan yang dulunya pernah ditanya kembali semula. Aku terpaksa mengaku..ringkas menjawab..

“tak tertanya pulak,dah terlupa nak terus follow up”

“ana pun tak ingatkan sama kita. Tak pe lah, sebelum exam ni tanya lagi skali, tengok camne. kalo tak jalan, nanti ade bunyi PERUBATAN tak de tarbiah @ tarbiah PERUBATAN tak kuat”.

“erm, betul-betul” aku sangat setuju dengan kata-katanya. Perasaan bersalah betul-betul menyelubungi diri. Satu kegagalan!!

“tak de la, maksud ana,tu tanggungjawab kita nak jalankan tarbiah sebaik mungkin,jangan culas” dia kembali menambah sejurus menambahkan juga semangat aku. Keperihatinannya banyak menaikkan semangat aku. Dada kembali lapang apabila ada yang menolong kita dari belakang. Syukran akh! Memang selayaknya menjadi mentor kami. Aku tersenyum.

“nanti ana akan usahakan” balasku dengan harapan selepas ini tanggungjawab aku untuk memantau Smart Circle pelajar 1st year tidak disia-siakan.

Smart Circle Persatuan merupakan satu wadah tarbiyah utama pelajar-pelajar di sini untuk mendedahkan mereka dengan pengisian-pengisian rohani dengan lebih praktikal. Ia juga menjadi medan untuk mengambil cakna kebajikan dan masalah-masalah pelajar perubatan di sini selain menekankan modul-modul ukhuwwah di antara kami.

Aku perlu islah semula kotak pemikiran. Tanggungjawab itu tetap amanah walau dari siapa pun ia datang,lebih-lebih lagi melibatkan hubungan sesama insan. Tak boleh disamakan dengan tanggungjawab peribadi. Bagaimana nanti apabila dipersoalkan Tuhan? Mampukah aku menjawab untuk menampung segala taklifat ini?

Selepas itu, aku termenung panjang. Ke mana pergi semangat aku yang dulu? Adakah itu retorik semata-semata? Hati aku berkecelaru menambahkan pelbagai persoalan.

“Sibuk sangat ke aku ni sampai kerja mudah ni pun tak terlaksana?” hati kecilku menyalahkan diri.

aku mengambil pengajaran. Jangan jadikan SIBUK itu satu alasan. Sampai bila pun kita tidak akan ke hadapan kalau itu kita jadikan pegangan. Teringat sepotong kata-kata al-Banna yang dulunya aku selalu sebut-sebutkan.

“tanggungjawab mengatasi masa yang ada”

Nah! Aku kembali kalah. Nikmat masa yang diberikan manusia semuanya sama banyak. Sesibuk nabi menyampai dakwah pun tetap mampu memimpin keluarga. Bahkan baginda jugalah pemimpin Negara. Baginda juga sebagai peniaga. Baginda seorang pengembala. Tapi baginda tetap berjaya melaksanakan semua tanggungjawabnya. Tapi aku, ke mana hilangnya kualiti masa yang diperuntukkan kepada aku?? Time management=failed!

Kesedaran itu kembali menyuntik semangatku. Aku sepatutnya mengambil ihtimam tentang perkara-perkara sebegini. Bukan mengambil mudah begitu sahaja. Sampai bila diri ni nak hidup manja kerana dakwah itu bukan untuk orang yang manja! Takut-takut, dicopkan Tuhan sebagai orang yang zalim lagi jahil kerana leka memegang amanah. Aku teringat sepotong ayat al-Quran yang sering menjadi hujah dalam modul-modul kepimpinan.

Aku menyemak kembali surah al-ahzab, ayat kedua terakhir.

Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanat kepada langit, bumi dan gunung-gunung, maka semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka bimbang akan mengkhianatinya, dan dipikullah amanah itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat jahil, (Yang dimaksud dengan amanat di sini ialah tugas-tugas keagamaan)

Itulah kerja-kerja utama menjadi syarat sebagai seorang khalifah. Nak tak nak, kita terpaksa bertarung dengan masa. Jika kita tidak memotongnya, pasti dipotong. Pepatah ini memang ada benarnya. Sebaliknya,habislah manusia kerugian kerana kalah mengurus masa.

Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati untuk kesabaran.(as-asr)

Surah al-asr terlintas difikiranku. Pengajaran surah al-asr yang sentiasa disebut-sebut oleh Ustazah Akma sewaktu dibangku sekolah dulu aku highlightkan supaya tidak tergolong ke dalam golongan yang terkutuk itu.

Sungguh, aku perlu tabah berjuang untuk mencari di mana nikmat iman. Getah pokok yang pahit biasanya menghasilkan buah yang manis. Begitu juga iman, untuk dapatkan kemanisan iman, mesti tekadkan usaha walaupun ianya pahit.

“.... . Namun itulah ujian dalam mencari iman. Moga jelas fikrah dijiwa dalam perjuangan islam tercinta untuk merebut redhaMu Cuma”

Potongan drps SMS tadi aku renungkan semula. Fikrah dijiwa perlu betul dan jelas untuk melangkah di pentas perjuangan yang dihampar dengan karpet duri, bukannya karpet merah yang dicipta untuk menteri-menteri. Moga redha Yang Esa mengiringi perjuangan ini.

:: jalan istiqamah itu hendaklah di atur dengan strategi yang tersusun rapi::

Read more...

Semarak Perjuangan...

PERUBATAN Caw. Iskandariah

PERUBATAN Caw. Iskandariah
Laman Rasmi PERUBATAN Cawangan Iskandariah

Forum Perbincangan PCI

Forum Perbincangan PCI
Forum Perbincangan PERUBATAN Cawangan Iskandariah

Keluarga Penuntut Terengganu

Keluarga Penuntut Terengganu
Laman Rasmi Keluarga Penuntut-Penuntut Terengganu Mesir (KPT)

  © Blogger template Shush by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP