Followers

...Sekeping HATI... (part II)

Setelah beberapa ketika dilambung kesibukan kerjawi, terdetik dihati ini betapa kosongnya jiwa jika dibiarkan begitu sahaja, tanpa makanan dihidangkan, tanpa mandian dicurahkan, tanpa tanggungjawab dikerjakan. Ibarat jasad seorang manusia yang sempurna, makin hari kuruslah ia tanpa makanan, busuklah ia tanpa mandian dan terlalailah ia tanpa pekerjaan.begitulah ibaratnya kerana hidup ini merupakan kejadiaan yang sering berputar dalam satu perkaitan dan persamaan. Umpama sunnah Allah yang diciptakan sejak azali lagi. Air yang bertakung lama kelamaan akan tersejat juga kemudian membentuk awan, beluncas pula membentuk kepompong yang kemudian menjadi rama yang bertebangan. Itulah yang diertikan dgn satu kejadian, dikaitkan dengan hati jika dibiarkan kelaparan tanpa makanan maka kebulurlah ia seolah haiwan yang dibiarkan dalam sangkaran tanpa tuan.

Namun menyebut tentang makanan hati bukanlah dimaksudkan dengan ‘batotis’ atau to’miyah atau mi goreng mahupun tom yam akan tetapi pengiraannya adalah pada pengisian. Pengisian al-quran misalnya. Seperti dalam riwayat hadis, pernah nabi bersabda “sesungguhnya hati manusia akan berkarat sepertimana berkaratnya besi. Lalu bertanya sahabat baginda: bagaimana hendak membersihkannya ya Rasulullah. Berkata Rasulullah: banyakkanlah membaca Al-Quran dan memngingati mati”. Dalam memahami hadis ini, benarlah hati manusia itu tidak sentiasa berkilat seperti berkilatnya kilauan mutiara, tidak sentiasa jernih seperti bersihnya zam zam yang mulia tetapi akan berkarat kalau tidak dijaga. Kita kembali kepada sunnatullah, seperti sebuah kereta, yang mahal harganya, istimewa buatannya, mungkin yang dicipta khas untuk seorg raja, sentiasa dijaga oleh pekerjanya, hari-hari dilap, dibasuh dgn sabun yang kualiti yg tiada tandingannya, pasti sukar sekali diserang dengan karat hatta debu sekalipun. Semuanya kerana ada padanya penjagaan yang sangat rapi. Begitulah dimisalkan dengan HATI. Jika hari-hari menhayati kalam Allah yang suci, ditambah pula dgn titipan hadis nabi, dihias lagi dgn zikir pada Ilahi, ditanam dengan kalimah-kalimah yang suci, diajar lagi dengan ilmu-ilmu islami maka berkilatlah hati itu tanpa ragu-ragu lagi. Manakah logiknya si buta yang mampu melihat tanpa mata? Tidak sesekali.. itulah hati, kalau ianya bersih, pasti tiada buta lagi.

Rosaknya iman seorang munafiq itu adalah kerana rosaknya hati. Kerana hati mereka itu penuh dengan kepuraan. Kejujuran mereka itu dihiasi dgn penipuan, keikhlasan mereka itu satu kebanggaan, harapan mereka tiada melainkan puji-pujian. Begitulah dasyatnya bila hati tiada penghambaan kepada Tuhan. Adakah itu yang kita mahukan? Hati yang sentiasa menipu Tuhan. Kata Allah dlm Al-Quran “sesungguhnya orang-orang munafiq itu menipu Allah sedangkan Allah membalas tipu daya mereka, dan apabila mereka mendirikan solat mereka berdiri dgn malas, menunjuk-nunjuk kepada manusia dan mereka tidak ingatpun kpd Allah melainkan sedikit”. Jelas kepada kita penerangan daripada Pencipta siapa mereka yang rosak hatinya, munafiq golongannya iaitu hati-hati yang lupa kepada Allah termasuk yang menunjuk-nunjuk dalam pengibadatannya.

Justeru sememangnya hati itu milik kita untuk dijaga. Diberikannya 1 kuasa untuk menguasai manusia. Ibarat raja yang mentadbir dunia. Sejauh manakah kita menjaganya?.. sekaliku renung, alamkah zalimnya manusia, termasuk kita yang leka. Kenapa raja-raja@DYMM@ Perdana Menteri mahupun sebarang menteri yang ada, setiapnya ada yang menjaga atau dikenali dgn ‘body guard’ atau lebih hebat lagi sehingga didampingi ‘Personal Assistant’. Bukankan kerana pangkatnya yang berhak berkuasa. Namun sebaliknya, seketul hati yang lbh berharga dlm diri kita tiada siapapun yang ambil kira,terbiar tanpa terjaga. Akhirnya buta kerana terlalu cintakan dunia. Wahai jiwa ini, teringat aku pada kalam yang mulia, firman Allah dalam kitabnya “barangsiapa yang buta di dunia ini, maka dia diakhirat sana juga dalam keadaan buta bahkan lebih sesat lagi”. Yang disebut buta disini bukanlah pada mata, akan tetapi khas untuk hati yang padanya tidak dijaga. Seperti lagi disebut dalam kitabNya “ sesungguhnya yang buta itu bukanlah mata-mata kamu akan tetapi yang buta itu ialah hati yang berada didada kamu”. Sekali lagi tertewas kita dengan ketetapan Pencipta, tiada lagi dalih yang mampu kita bawa, alasan yang mampu dipertahan, hujah yang mampu melawan kerana ianya semua jelas dalam Al-quran.Memang benar itu semua. Apabila hati bersih, maka bersihlah segala amalan.

Sejauh mana pula kebersihan hati yang kita harapkan? Adakah sekadar dengan tulus menghulurkan seringgit kpd peminta sedekah? Atau 2ringgit kepada saudara kita di Palestine? Jom kita imbas sedikit kisah sahabat. Mengikut Anas Bin Malik, abu Talhah adalah sahabat ansar yang kaya raya. Antara harta yang beliau miliki ialah sebuah tanah yang dikenali sebagai ‘Bairuha’. Selepas turunnya sepotong ayat dari Al-Quran yang bermaksud “kamu tidak akan mencapai kebaikan sehingga kamu menafkahkan apa yang kamu cintai”(ali-Imran;92) lantas Abu Talhah pergi berjumpa dengan Nabi dan berkata “ya Rasulullah, saya ingin mendermakan tanah yang paling saya sayangi iaitu Bairuha. Derma ini saya lakukan kerana Tuhan”. Begitulah kesannya apabila hati bersih lagi suci, tiada pertikaian dalam pengorbanan, semuanya dilakukan kerana Tuhan.

Bagaimana pula tentang kekhusyukannya? Mampukah hati kita hadir sepenuhnya ketika solat? Itu semua barkaitan dengan hati. Kenapa diperkatakan begini? Salah seorang daripada khulafa’ ar-Rasyidin iaitu Saidina Ali Karramallahuwajhah berkata “ khusyuk tempatnya di dalam hati”. Begitu juga yang disebut oleh Imam Hasan Basri “tempat bagi khusyuk ialah di hati kemudian ia mempengaruhi dan mengawal pandangan mata serta menengakan anggota badan”. Sekali lagi kita menyusuli pula kisah Saidina Uthman. Pernah sekali Saidina Uthman telah terganggu khusyuknya dalam solat gara-gara memikirkan tentang sebuah kebun yang dimiliki oleh beliau. Kemudian lantas Saidina Uthman pergi berjumpa dgn Rasulullah untuk menginfakkan terus kebunnya itu fisabilillah dengan alasan kebunnya itu telah menyebabkan terganggu khusyuknya dalam sembahyang. Betapa sucinya hati beliau sehingga sanggup menginfakkan kebunnya demi untuk menjaga SEKEPING HATI.

apabila kaum Adam lalai...


Begitu juga apabila kita berbahas tentang akhlak. Semuanya akan berkisar lagi tentang HATI. Kenapa kenapa dan kenapa? Contoh yang terbaik kita lihat pada qudwah kita iaitu Nabi SAW. Kenapa pula perlu dibandingkan dengan hati seorg nabi? Mudah, kerana hati baginda telah dibersihkan oleh malaikat. Kita jalankan satu eksperiman antara hati yang bersih(yang telah dibasuh dengan air zam-zam) dengan hati yang kotor dan kesannya pada akhlak. Jelas sekali hati mulia Nabi membuktikan kekaguman semua orang sehingga apabila sahabat bertanya tentang akhlak nabi kpd Saidatina Aisyah, beliau berkata “akhlak baginda adalah akhlak Al-Quran”. apa pula yang dimaksudkan dgn akhlak al-Quran? ringkasnya segala apa yang termaktub di dalam al-Quran, segala itulah yang diamalkan dan ada pada Nabi SAW. Ingatkah kita tentang peristiwa penting sehinggakan baginda digelar ‘al-Amin’? ya. Itupun kerana bukti kejujuran hati baginda. Bukan sekadar itu, jelas hari ini ilmuan barat juga mengagumi dan mengiktiraf kesucian HATI dan kemulian akhlak Nabi. Saya membawa 1 contoh, Thomas Carlyle di dalam bukunya On Heroes, Hero-worship, and the Heroic in History berkata “(Muhammad) amat beradab, berbeza dari lelaki lain ketika itu... jika tidaklah kerana sifat-sifat ini tidak mungkin orang-orang arab yang ganas itu menghormati dan menyanjunginya”

Kepada pembaca sekalian,sekali lagi coretan ini berputar sekitar HATI. Bukanku sengaja mengupas tentang hal ini tapi harapanku semoga coretan ini benar-benar memberi kesan kepada hatiku agar ianya kembali dekat dengan ILAHI. Mungkin juga berguna untuk kita dalam ketika menghadapi musim peperiksaan untuk kita lebih dekat denganNya. Namun tidak bermakna taqarrub kita kepadaNya hanya kerana peperiksaan sebaliknya bukti ketaqwaan dan tawakkal kita setelah jerih berusaha mencari ilmuNya. “dan kepada Allahlah bertawakkalnya orang-orang yang beriman”(ali-Imran;160)

Akhir kalam, Kenapa hati itu begitu sukar untuk dijaga? Adakah sememangnya kerana kelemahan umat akhir zaman? Atau terfitnah dengan kebendaan? Atau terlalai dengan kecintaan? Terlupa akan nikmat Tuhan? Atau terlalu seronok dengan kehidupan? Ataupun kerana keasyikan dengan segala kesenangan? Segala persoalan membenak difikiran. Hanya menunggu pandangan dari sahabat sekalian. Dengan jutaan pengharapan dan keinsafan semoga hati ini sentiasa dalam redha Tuhan. Amin...

Read more...

Ikatkanlah Hati-Hati Kami Dengan Limpahan RahmatMu.....



Ya Allah, Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun kerana kecintaan kepadaMu, mereka telah bertemu kerana mentaatiMu, mereka telah bersatu kerana dakwahMu, mereka telah berjanji untuk menolong menegakkan syariatMu..Oleh itu Ya Allah..Eratkanlah hubungan ikatan ini, teruskan kasih sayangnya, berilah petunjuk untuknya.Ya Allah.. penuhilah hati ini dengan cahayaMu yang tidak padam-padam, terangkanlah hati ini dengan limpahan iman dan tawakkal kepadaMu,hidupkanlah hati ini dengan mengenaliMu..DAN matikanlah kami sebagai syahid di jalanMu..Engkaulah sebaik-baik Penjaga dan sebaik-baik penolong..!

Read more...

Hanya ini senjata yg mampu kuhulurkan..

Read more...

menangislah tatkala mereka menderita...

hanya ini yang tinggal.. افلا تبصرون؟


apakah si kecil ini pun terpaksa merasa dan merana..??


Moga syahid martabatmu..

Read more...

Menyusuri kekejaman Zionis.. adakah kita tahu?

Menyusuri satu persatu keperitan yang ditanggung oleh masyarakat Palestin telah secara jelasnya menggambarkan perasaan dendam dan benci kesumat yang terkubur tanpa titik noktahnya oleh orang Yahudi (Israel) yang tidak henti-henti menggali kuburan insan yang tidak berdosa Palestin.

Dalam rentetan sejarah ini secara tidak sedar sudah lebih dari 60 tahun Yahudi telah melakukan penindasan terhadap Palestin, bumi yang dijanjikan. Pada 15 Mei 2008,genap 60 tahun nakbah Palestin atau penubuhan negara haram Israel yang bertapak di negara Palestin. Mereka menjadikan masyarakat Palestin sebagai Guweim(haiwan tunggangan) yang boleh diperkotak-katikkan.

Penubuhan negara haram yang datang hasil daripada bantuan PBB dan British itu, merupakan cadangan seorang wartawan Hungari, Theodore Hertzl(pengasas gerakan Zionis). Yahudi terus menggorak langkah dengan berlangsungnya persidangan pertama di Bastle, Switzerland di bawah Pertubuhan Yahudi Antarabangsa ( World Zionist Organisation(WZO)) pada 27-29 Ogos 1897. Kesannya Yahudi telah membuka era politiknya secara sah pada saat itu walaupun tidak mendapat sokongan dalam pembentukan negara tersebut.

Cuba kita bayangkan sidang pleno yang dipengaruhi oleh PBB telah mengeluarkan ‘ketetapan 181’ pada 29 November 1947. dalam ketetapan tersebut tercatat pembahagian 2/3 bahagian Palestin telah diserahkan kepada pendatang Yahudi dan 1/3 diberikan kepada penduduk asal. Oleh yang demikian telah jelas bahawa makin ramai yang mula menyembunyikan pertapakan haram Yahudi ini sebagai satu perkara yang sah.

Sebelum itu satu deklarasi yang dikenali sebagai Deklarasi Balfour pada 2 November 1917 telah mengisytiharkan pertapakan Yahudi secara sah oleh British. Kesannya, penghijrahan secara sistematik orang Yahudi(Yahudi Eropah dan Yahudi Rusia) ke Palestin sedikit demi sedikit. Itulah teringat pula ana pada satu hadith Nabi S.A.W yang mengatakan umatnya akan dikelilingi oleh manusia dari agama lain dan akan diratah-ratah dan dimamah-mamah dan akhirnya yang tinggal hanyalah nama dan sejarah. Sejarah pada kegemilangan Al-Hamrar, Granada dan Kerajaan Madinah yang diiktiraf terbaik dalam sejarah ketamadunan manusia.

Sungguhpun begitu jika dilihat di dada akhbar, dalam internet dan realiti pada hari ini memang jelas orang Islam sudah lupa akan perkara ini wanita dibiar dedah tanpa hijab, lelaki dibiar dengan dadah yang tak sudah-sudah dan banyak lagi maksiat yang hampir parah. Kekejaman zionis Yahudi hanyalah sebagai ujian daripada Allah. Dalam masa yang sama Allah ingin menguji ada atau tidak hambanya yang mewakafkan diri pada jalannya. Kejayaan itu hanya pada tangan Allah yang penting usaha manusia untuk mencapainya.

Kita perlu prihatin bahawa bagaimana keperitan rakyat Palestin yang disekat makanan,bekalan air bersih serta kebebasan. Cuba kita bayangkan sekiranya tiada usaha daripada pihak Islam di negara lain, apakah jawapan kita di depan Allah nanti? Sekadar merintih dan meratap adalah sesuatu yang tiada gunanya bagi kita masyarakat Islam. Secara itlaknya, orang Islam perlu kembali kepada cara dan gaya hidup Islam yang kaffah.

Rakyat Palestin yang meraung kesakitan akibat disembelih, dipenggal, dibunuh dengan kejam mengharapkan perubahan daripada kita. Anak-anak dilahirkan untuk dihidangkan di medan jihad. Ibu-ibu sudah tidak kisah dengan kematian bahkan mereka berharap untuk melahirkan banyak lagi anak-anak untuk dihadapkan di depan rejim Israel kerana mereka pasti di sana terdapat satu janji yang pasti bahawa syurga menanti di akhirat yang kekal abadi.. bagaimana kita ???

Read more...

6...4...4...4...

Enam Ciri Kebodohan

Kebodohan sangatlah penting untuk dihindari, sehingga kita harus mengerti dan mengetahui tindakan - tindakan yang bodoh. Syekh Sihabuddin al-Qalyubi, dalam kitab Al-Nawadir, mengemukakan enam ciri kebodohan iaitu:

1.marah tanpa alasan yang tepat
2.berbicara tanpa manfaat
3.memberi tidak pada tempatnya
4.membukakan rahasia kepada sembarang orang
5.terlalu percaya kepada setiap orang
6.tidak mengenal siapa kawan siapa lawan.


Empat Macam Manusia Jenis manusia
1. Seseorang yang tahu dan mengetahui bahwa dia tahu. Itulah orang alim, maka ikutilah dia.
2. Seseorang yang tahu dan tidak mengetahui bahwa dia tahu. Itulah orang yang sedang tidur, maka bangunkanlah dia.
3. Seseorang yang tidak tahu dan mengetahui bahwa dia tidak tahu. Itulah orang yang membutuhkan petunjuk, maka ajarilah dia.
4. Seseorang yang tidak tahu dan tidak mengetahui bahwa dia tidak tahu. Itu1ah orang jahil, maka jauhilah dia.


Empat Larangan
Waspadalah terhadap empat macam keburukan:

1. Sombong, dengki, marah (emosi) dan syahwat yang tidak terkendali Angkuh dan sombong mencegah orang untuk mematuhi dan mentaati perintah dan larangan syariat.
2. Hasud (dengki) mencegah orang untuk menerima nasihat atau memberi nasihat.
3. Marah (emosi) mencegah orang untuk berbuat adil.
4. Mengikuti nafsu syahwat dapat mencegah orang menggunakan waktunya untuk beribadah kepada Allah SWT.


Empat Waktu
Waktu yang harus dimanfaatkan dengan ibadah Empat Waktu Sebagian ulama yang arif mengatakan, "Setiap hamba Allah mempunyai empat waktu, dan tidak ada kelimanya".

Keempat waktu itu ialah:

1.Waktu mendapat nikmat
2.Waktu mendapat ujian dan cabaan
3.Waktu melakukan ketaatan
4.Waktu melakukan maksiat

Pada setiap waktu tersebut terdapat hak Allah sebagai Rabbmu, yakni waktu beribadah kepada-Nya. Barangsiapa waktunya digunakan untuk mendapatkan kenikmatan Allah, jalannya ialah bersyukur kepada-Nya. Barangsiapa waktunya mendapat ujian dan cabaan, jalannya ialah ridha dan sabar. Barangsiapa waktunya untuk melakukan ketaatan, jalannya ialah anugerah Allah yang memberi petunjuk. Dan barangsiapa waktunya untuk melakukan maksiat, jalannya adalah bertaubat dan beristighfar."

Read more...

sekeping hati.....

Bagaimana keadaan kita hari ini? Setelah lama mrenung..makin trasa lgkah kita masih jauh.baru sdikit yg telah kita buat utk bntu islam..hari2 dgn maksiat.mata mliar kiri kanan atas bwh.nasib baik mata hny dicipta pd bhgian depan. Byk juga hikmahnya. Maha Suci Allah. Dh la mata yg kecik tu pun dh xtjaga,hati pula yg merapu ntah hape2. Kalo nk dibedah dada ni, entah byk mna sudah titik hitam yg kian mlegamkn hatinya. Kalo dulu, nabi kita dibedah oleh malaikat utk dibasuh hati apa la yg kita paham dgn kisah ini. Seorg yg tidak bdosa pun Allah masih mnyuruh malaikat utk mbersihkan hati Nabi. Juz nk tunjukkan bhw betapa pntingnya kbersihn hati ini. Walau hanya sedikit titik hitam, sudah ckup mlemahkn jiwa dan amalan. Benarlah sabda nabi yg mngatakn satiap kali kita buat kesalahan@fasad, maka akan btapaklah 1 titik hitam di hati kita. Ayuh shbt2, dh brapa byk maksiat yg dh kita buat, sedar@tak sedar, dlm berbelas thn sudah kita bernafas. Tkadang kita sdiri pun xsedar knp kdg2 solat kita xkhusyuk.. itu bru solat, mana lg ibdat yg lain. Selamat ke smpai mhadap Tuhan setelah melalui lapisan langit yg ditapis oleh malaikat yg semuanya dasyat-dasyat?? Subhanallah. Alangkah ruginya kita kalau amalan yg btahun2 kita laksanakan, tp hanya sedikit yg sampai diterima Tuhan. Sia2 mbazir masa dan usia hanya kerana sekeping hati.

Sekali merenung, patut la dlm Al-Quran Allah mengibaratkan manusia yg gagal mguna hati dgn baik digandingkan seperti binatang ternakan, bahkan lebih sesat lg. Rupa2 inilah kesannya jika ada hati tapi xpandai menilai. Hati btambah kotor, jiwa btambah gersang, ilmu semakin bkurang, ibadat hancur bkecaran,iman tunggang langgang akhir skali neraka mnunggu di depan..teruknya kalo itu adalah kita..na’uzubillahi min zalik.. btapa besarnya nilai hati,nilai yg mengalahkn emas bahkan dunia seisi.. bahkn inilah kerajaan yg terbesar Allah kurniakn utk manusia, yg mraja dlm diri, jika baik hati maka baiklah jasad seluruhnya. Jika rosak hati, maka rosaklah jasad seluruhnya. Benarlah kata2 nabi itu...tkadang mjadi kesah apabila hati mjadi kotor, maksiat seolah2 mjadi ibadah, kburukn mjadi kbaikn. Smuanya kerana buta hati yg gelap diselaputi titik yg legap..semoga nilai hati kita masih tjaga. Memang inilah kita, tak lari dari maksiat. Kerna sabda nabi “setiap anak adam itu membuat salah dan sebaik2 yg mbuat salah itu adalah mereka yg bertaubat”. Moga taubat kita berjaya menjadi pembersih jiwa.Walau di mana kita berada kerna iman itu bkn sekadar di mata. Melihat bala baru insaf terasa. Sama2lah kita mbersihkn hati ini agar ‘pemandu’ kita ini tidak kabur mnuju destinasi syurga.

Renungan sabda Baginda: “sesungguhnya dlm jasad kita tdapat seketul daging, apabila ianya baik, maka baiklah jasad seluruhnya. Apabila ianya rosak, maka rosaklah jasad seluruhnya. Ketahuilah ianya adalah HATI”


Highly Precious


Hati satu permata,
Pberian Tuhan buat manusia,
Tak dapat dilihat dengan mata
Tapi boleh dirasa dengan jiwa
Kerana tlalu tinggi nilainya
Bg mereka yg bjaya mjaga
Dari maksiat tipuan dunia
Musuh hati yg mnyebabkan leka
Akhirnya buta dr mlihat syurga
Sedangkan Tuhan sudah mperingatkan kita
Yg buta itu bukanlah mata
Tetapi hati yg tletak di dada
Tlalailah ia akan Pencipta
Termusnahlah smua amal mulia
Akhirnya yg rugi bknnya sesiapa
Tak lain tak bukan tuan empunya juga
Jadi, wahai sahabat yg mulia
ku seru DIRIKU dan entum semua
Jomlah kita islahkan ia
Dari dosa yg sgt merbahaya
Moga kita selamat di dunia
Di akhirat sana syurga ganjarannya
Yang kekal tiada phujungnya
Bukan seperti dunia yg sementara
Janji Tuhan untuk hambanya
sangat benar dan tiada dusta
Milik buat semua
Syaratnya mesti btaqwa
Semoga itu akan mjadi milik kita
Apabila dijemput hidup di sana
Berlindunglah kita dari neraka
Hanya syurga pilihan bsama....amin.

Read more...

Semarak Perjuangan...

PERUBATAN Caw. Iskandariah

PERUBATAN Caw. Iskandariah
Laman Rasmi PERUBATAN Cawangan Iskandariah

Forum Perbincangan PCI

Forum Perbincangan PCI
Forum Perbincangan PERUBATAN Cawangan Iskandariah

Keluarga Penuntut Terengganu

Keluarga Penuntut Terengganu
Laman Rasmi Keluarga Penuntut-Penuntut Terengganu Mesir (KPT)

  © Blogger template Shush by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP