Followers

hidup dalam bahagia perjuangan....

Salam perjuangan untuk pejuang sejati mujahid Ilahi. Semoga semangatmu masih dalam keteguhan hati, tak pudar walau seinci. Sekuatmanapun dugaan, setinggi mana pun rintangan, setebal mana pun benteng penghalang, mujahid sejati takkan sesekali tewas. Bahkan itulah muhasabah yang meneguhkan iman, menaikkan semangat, kerana masing-masing sudah tahu ganjaran perjuangan sangat besar disisi Tuhan. Memang benar hakikat kehidupan, tak semua orang yang berjaya sampai ke garisan penamat dengan memegai trophi kemenangan, bukan semua yang berjaya bergelar juara dan bukan semua yang berjaya meraih gelaran as-syahid kerana di tengah jalan itu terlalu banyak duri yang tajam.Diri mana yang mampu memijak duri tanpa ada alas di kaki. Begitulah ibaratnya perjuangan ini, takkan kita mampu menghadapi onak dan duri tanpa ada keteguhan iman. Tapi adakah iman sudah cukup kuat untuk menghadapi perjuanagan ini? Bagaimana pula dengan ilmu yang kita ada? Yang memjadi bekal apabila berhujah, jawapan apabila dibidas.. tepuk dada, tanyalah akal, moga iman mampu menjawab..

Ingatlah wahai diri, perjalanan kita masih jauh. terlalu banyak perkara yang perlu kita hadapi sedangkan ujian Tuhan pula silih berganti. Di manakah kekuatan yang perlu kita cari kalau tiada semangat dalam diri. Kalaulah jalan itu dekat dan licin tanpa karat, pasti ramai pula yang mengikutinya, namun itulah tanda bahawa syurga itu bukan percuma. Kisah ummat sebelum kita sudah cukup untuk di ambil ikhtibar. Kuatnya semangat mereka sehingga islam berjaya menguasai dunia. Tiada yang mempu menghalang, semuanya sanggup dikorbankan baik harta, tenaga dan nyawa. Kerana mereka tahu bahwa itu hanya sementara sedangkan janji Allah itu yang utama. Seperti yang Allah janjikan bagi yang syahid bahawa mereka sebenarnya bukannya mati sebaliknya hidup disisi Allah yang penuh dengan rezki sebagai balasan pengorbanan mereka yg suci. Itulah semangat yang perlu kita cari, contoh terbaik sebagai pengubat hati. Ingatlah sabda nabi: “orang yg paling byk mendapat cabaran ialah golongan para nabi kemudian golongan selepas itu dan selepas itu...’’

Kita hidup bukan kerena dunia kerana ianya hanya sementara, kita hidup bukan kerana harta kerana ianya tidak boleh dibawa ke alam sana tapi kita hidup untuk agama yang menjadi penjamin kita, tiket ke syurga. Jadi sama-samalah kita fikir sejauh mana kita telah bersungguh dalam agama ini, berjuang untuk kalimah Ilahi. Masa yang banyak jangan dibuang begitu sahaja kerana tanggungjawab mencemburui kita. Takkan ke mana kalau asyik leka dengan nikmat yang sementara kerana tanggungjawab mengatasi masa yang ada. Perlu banyak yang mesti dilaksanakan untuk islam supaya generasi ummat selepas ini tidak ketinggalan menerima kebenaran. Kalaulah ummat hari ini sudah dalam keraguan, apa yang akan jadi pada ummat masa depan?? Mungkinkah mereka itu mampu kekal menyambung tugas para Nabi? Moga-moga perjuangan kita hari ini mmendatangkan barakah untuk mencari keredhaan Ilahi.

Sama-samalah kita doakan agar islam tidak lagi ditindas oleh kafir laknatullah dan semoga saudara-saudara kita seislam sentiasa dalam lindungan dan pertolongan Allah yang Maha Perkasa. Aminn...!! renunglah sepotong kata-kata Saidina Umar r.a: “Dulu kita adalah kaum yang hina, Allah telah memuliakan kita dengan islam, jika kita mencari kemuliaan dari selain yang Allah muliakan kita dengannya, maka kita akan dihina oleh Allah’’.. semoga kita ditetapkan hati dalam perjuangan mencari kemuliaan dengan kehebatan dan kebenaran islam... Innaddina ‘indallahil islam!

Post a Comment

Semarak Perjuangan...

PERUBATAN Caw. Iskandariah

PERUBATAN Caw. Iskandariah
Laman Rasmi PERUBATAN Cawangan Iskandariah

Forum Perbincangan PCI

Forum Perbincangan PCI
Forum Perbincangan PERUBATAN Cawangan Iskandariah

Keluarga Penuntut Terengganu

Keluarga Penuntut Terengganu
Laman Rasmi Keluarga Penuntut-Penuntut Terengganu Mesir (KPT)

  © Blogger template Shush by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP