Followers

MURAQABAH - MUHASABAH - MUJAHADAH - ISTIQAMAH, kunci KETAQWAAN.


Antara jalan menuju KETAQWAAN itu, perbanyakkan MURAQABAH kepada Allah. Hati sentiasa merendah diri, zuhud serta sentiasa memuji dan membesarkan Allah lantaran kehebatan dan kekuasaanNya. Mengesakan Allah tanpa tiada lagi keraguan, beramal tiada lagi niat melainkan hanya kerana Tuhan.

Sentiasa berMUHASABAH diri, segala perbuatan bahkan tidak memandang ringan sekalipun dosa-dosa kecil. Orang bertaubat sentiasa diperbaharui azamnya supaya maksiat yang dibuat tidak lagi diulangi. Kesalahan lampau dijadikan pengajaran terbaik ke arah perubahan jiwa dan hati.

Untung orang yang merasa dirinya berdosa, dia sedar akan kesalahan yang dilakukannya lantas mengalir air mata memohon keampunan kepada Allah, Allah ampunkan dosanya kerana Dialah Yang Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang.

Teruslah dia berMUJAHADAH dalam kebaikan dan keampunan. Walaupun penat beribadah, tidaklah dia merasa lemah kerana dia sedar bahawa disisinya sentiasa ada Allah. Lantas kesemua ini berakhir dengan ISTIQAMAH, taubat yang berterusan, ubudiyah yang berpanjangan. 

Alangkah indahnya dalam hidup ini, Allah kurniakan kepada kita hati yang suci murni, jiwa yang penuh kehambaan, dan ibadah yang penuh kemanisan!

حسبي ربّي جل الله

                                          



Read more...

Muhasabah di Dunia Sebelum di Sana

Di dunia ini, hanya diberi sekali sahaja peluang untuk hidup, dan semuanya akan berakhir dengan kematian. Maka amat beruntunglah mereka yang memanfaatkan peluang tunggal ini dengan perbanyakkan ibadah dan amal kebaikan. Kemudian mereka menjauhkan diri daripada dosa dan kemaksiatan.


Adapun, mereka yang hidup dengan dosa dan kemungkaran, di akhirat kelak pasti akan merana penuh penyesalan, memohon merayu pada Tuhan agar dikembalikan semula ke dunia untuk menebus segala salah dan silap yang pernah dilakukan. Namun tika itu tiada lagi peluang kedua yang diberikan.


Hisablah diri sebelum dihisab di akhirat nanti. Timbanglah amalan sebelum ianya ditimbang di hadapan Tuhan.


Moga Allah ampunkan segala maksiat dan dosa pada diri ini.




Read more...

Hebatnya tarbiah Baginda Nabi. Sahabat menjadi umat terhebat.

Rasulullah SAW mendidik para sahabatnya sehingga menjadi mujahid yang kukuh iman mereka, sentiasa bersedia untuk berkorban dan berjihad di jalan Allah. Apabila Islam berhajat kepada kerja dakwah, maka tampillah para da'i yang jujur, berani dan sabar menyampaikan risalah Islam melalui lisan dan contoh tauladan yang baik. Apabila Islam memerlukan pengorbanan harta benda, maka tampillah pula sahabat yang mempunyai harta kekayaan menyerahkan harta benda mereka kepada Rasulullah SAW dengan penuh keredhaan tanpa bakhil, seperti Abu Bakar al-Siddiq, Umar al-Khattab, Osman Ibn Affan dan Abdul Rahman al-'Auf.

             
                                           "Taqwa"


Kita pula bagaimana?

Read more...

Semarak Perjuangan...

PERUBATAN Caw. Iskandariah

PERUBATAN Caw. Iskandariah
Laman Rasmi PERUBATAN Cawangan Iskandariah

Forum Perbincangan PCI

Forum Perbincangan PCI
Forum Perbincangan PERUBATAN Cawangan Iskandariah

Keluarga Penuntut Terengganu

Keluarga Penuntut Terengganu
Laman Rasmi Keluarga Penuntut-Penuntut Terengganu Mesir (KPT)

  © Blogger template Shush by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP