Followers

MURAQABAH - MUHASABAH - MUJAHADAH - ISTIQAMAH, kunci KETAQWAAN.


Antara jalan menuju KETAQWAAN itu, perbanyakkan MURAQABAH kepada Allah. Hati sentiasa merendah diri, zuhud serta sentiasa memuji dan membesarkan Allah lantaran kehebatan dan kekuasaanNya. Mengesakan Allah tanpa tiada lagi keraguan, beramal tiada lagi niat melainkan hanya kerana Tuhan.

Sentiasa berMUHASABAH diri, segala perbuatan bahkan tidak memandang ringan sekalipun dosa-dosa kecil. Orang bertaubat sentiasa diperbaharui azamnya supaya maksiat yang dibuat tidak lagi diulangi. Kesalahan lampau dijadikan pengajaran terbaik ke arah perubahan jiwa dan hati.

Untung orang yang merasa dirinya berdosa, dia sedar akan kesalahan yang dilakukannya lantas mengalir air mata memohon keampunan kepada Allah, Allah ampunkan dosanya kerana Dialah Yang Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang.

Teruslah dia berMUJAHADAH dalam kebaikan dan keampunan. Walaupun penat beribadah, tidaklah dia merasa lemah kerana dia sedar bahawa disisinya sentiasa ada Allah. Lantas kesemua ini berakhir dengan ISTIQAMAH, taubat yang berterusan, ubudiyah yang berpanjangan. 

Alangkah indahnya dalam hidup ini, Allah kurniakan kepada kita hati yang suci murni, jiwa yang penuh kehambaan, dan ibadah yang penuh kemanisan!

حسبي ربّي جل الله

                                          



Post a Comment

Semarak Perjuangan...

PERUBATAN Caw. Iskandariah

PERUBATAN Caw. Iskandariah
Laman Rasmi PERUBATAN Cawangan Iskandariah

Forum Perbincangan PCI

Forum Perbincangan PCI
Forum Perbincangan PERUBATAN Cawangan Iskandariah

Keluarga Penuntut Terengganu

Keluarga Penuntut Terengganu
Laman Rasmi Keluarga Penuntut-Penuntut Terengganu Mesir (KPT)

  © Blogger template Shush by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP