Followers

Menyusuri kekejaman Zionis.. adakah kita tahu?

Menyusuri satu persatu keperitan yang ditanggung oleh masyarakat Palestin telah secara jelasnya menggambarkan perasaan dendam dan benci kesumat yang terkubur tanpa titik noktahnya oleh orang Yahudi (Israel) yang tidak henti-henti menggali kuburan insan yang tidak berdosa Palestin.

Dalam rentetan sejarah ini secara tidak sedar sudah lebih dari 60 tahun Yahudi telah melakukan penindasan terhadap Palestin, bumi yang dijanjikan. Pada 15 Mei 2008,genap 60 tahun nakbah Palestin atau penubuhan negara haram Israel yang bertapak di negara Palestin. Mereka menjadikan masyarakat Palestin sebagai Guweim(haiwan tunggangan) yang boleh diperkotak-katikkan.

Penubuhan negara haram yang datang hasil daripada bantuan PBB dan British itu, merupakan cadangan seorang wartawan Hungari, Theodore Hertzl(pengasas gerakan Zionis). Yahudi terus menggorak langkah dengan berlangsungnya persidangan pertama di Bastle, Switzerland di bawah Pertubuhan Yahudi Antarabangsa ( World Zionist Organisation(WZO)) pada 27-29 Ogos 1897. Kesannya Yahudi telah membuka era politiknya secara sah pada saat itu walaupun tidak mendapat sokongan dalam pembentukan negara tersebut.

Cuba kita bayangkan sidang pleno yang dipengaruhi oleh PBB telah mengeluarkan ‘ketetapan 181’ pada 29 November 1947. dalam ketetapan tersebut tercatat pembahagian 2/3 bahagian Palestin telah diserahkan kepada pendatang Yahudi dan 1/3 diberikan kepada penduduk asal. Oleh yang demikian telah jelas bahawa makin ramai yang mula menyembunyikan pertapakan haram Yahudi ini sebagai satu perkara yang sah.

Sebelum itu satu deklarasi yang dikenali sebagai Deklarasi Balfour pada 2 November 1917 telah mengisytiharkan pertapakan Yahudi secara sah oleh British. Kesannya, penghijrahan secara sistematik orang Yahudi(Yahudi Eropah dan Yahudi Rusia) ke Palestin sedikit demi sedikit. Itulah teringat pula ana pada satu hadith Nabi S.A.W yang mengatakan umatnya akan dikelilingi oleh manusia dari agama lain dan akan diratah-ratah dan dimamah-mamah dan akhirnya yang tinggal hanyalah nama dan sejarah. Sejarah pada kegemilangan Al-Hamrar, Granada dan Kerajaan Madinah yang diiktiraf terbaik dalam sejarah ketamadunan manusia.

Sungguhpun begitu jika dilihat di dada akhbar, dalam internet dan realiti pada hari ini memang jelas orang Islam sudah lupa akan perkara ini wanita dibiar dedah tanpa hijab, lelaki dibiar dengan dadah yang tak sudah-sudah dan banyak lagi maksiat yang hampir parah. Kekejaman zionis Yahudi hanyalah sebagai ujian daripada Allah. Dalam masa yang sama Allah ingin menguji ada atau tidak hambanya yang mewakafkan diri pada jalannya. Kejayaan itu hanya pada tangan Allah yang penting usaha manusia untuk mencapainya.

Kita perlu prihatin bahawa bagaimana keperitan rakyat Palestin yang disekat makanan,bekalan air bersih serta kebebasan. Cuba kita bayangkan sekiranya tiada usaha daripada pihak Islam di negara lain, apakah jawapan kita di depan Allah nanti? Sekadar merintih dan meratap adalah sesuatu yang tiada gunanya bagi kita masyarakat Islam. Secara itlaknya, orang Islam perlu kembali kepada cara dan gaya hidup Islam yang kaffah.

Rakyat Palestin yang meraung kesakitan akibat disembelih, dipenggal, dibunuh dengan kejam mengharapkan perubahan daripada kita. Anak-anak dilahirkan untuk dihidangkan di medan jihad. Ibu-ibu sudah tidak kisah dengan kematian bahkan mereka berharap untuk melahirkan banyak lagi anak-anak untuk dihadapkan di depan rejim Israel kerana mereka pasti di sana terdapat satu janji yang pasti bahawa syurga menanti di akhirat yang kekal abadi.. bagaimana kita ???

Post a Comment

Semarak Perjuangan...

PERUBATAN Caw. Iskandariah

PERUBATAN Caw. Iskandariah
Laman Rasmi PERUBATAN Cawangan Iskandariah

Forum Perbincangan PCI

Forum Perbincangan PCI
Forum Perbincangan PERUBATAN Cawangan Iskandariah

Keluarga Penuntut Terengganu

Keluarga Penuntut Terengganu
Laman Rasmi Keluarga Penuntut-Penuntut Terengganu Mesir (KPT)

  © Blogger template Shush by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP