Followers

Pemuda Ketika Ini...

Alhamdulillah,syukur sebanyak-banyaknya kepada Tuhan kerana atas nikmat ruang masa yang begitu berharga ini dapat juga menyiapkan satu lagi hidangan rohani untuk jiwa yang lapar ini dan juga buat sahabat-sahabat seperjuangan agar kita sentiasa berada dalam zon yang tidak lalai dari mengingati Pencipta. Terasa begitu teramatlah sangat ruginya tika tiap detik masa yang berlalu diisi dengan perkara yang sedikitpun tidak mendatangkan manfaat untuk hati. Setelah sekian lama tidak 'top up' ruang blog ini, begitu rindu rasa hati untuk kembali menitikan jari jemari yang sepuluh atas kepingan keyboard laptop yg canggih ini. semoga ruangan kali ini melembutkan hati penulis untuk terus cekal bergelar PEMUDA. Namun, sejauh manakah gelaran 'pemuda' itu andai hati masih manja melayan zaman kebudak-budakan dahulukala??

"Kami ceritakan kisah kepadamu dengan sebenarnya. Sesungguhnya mereka itu adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka dan kami tambahkan kepada mereka petunjuk” (al-kahfi;13)

Begitulah sepotong kisah yang diceritakan oleh Allah dalam alquran, yg menyebut sedikit sebanyak perihal pemuda-pemuda yang beriman pada suatu zaman yg mana pada zaman itu berada dibawah pemerintahan raja yang jauh dari hidayah Tuhan. Sekalipun begitu, mereka sedikitpun tidak terpengaruh dengan gaya hidup sekeliling mereka bahkan mereka tetap tabah melawan arus dalam usaha menegakkan kebenaran,ibarat seekor ikan di lautan masin tetapi dagingnya sedikitpun tidak terasa masin apabila diangkat kedaratan. Titik perjuangan mereka tidak berakhir walaupun mereka diburu oleh raja sebaliknya mnaikkan lagi semangat juang mereka untuk menyampaikan kebenaran. Mengikut pendapat Abdullah bin Abbas,bilangan mereka tidaklah ramai, hanya 7 orang. Namun begitu tidaklah menjadi persoalan bg mereka untuk mencapai kemenangn sekalipun dgn jumlah ygn sedikit kerana bg mereka hanya Tuhan yang blh menentukan segala kemenangan. dengan asas keimanan yang tinggi, Allah telah menetapkan hati-hati mereka melalui firmanNya dalam ayat 14 surah yg sama yang bermaksud: “dan Kami teguhkan hati mereka ketika mereka berdiri lalu berkata “Tuhan kami ialah yang menguasai langit dan bumi. Dan kami sekalipun tidak akan menyeru Tuhan selain daripadaNya. Jika kami lakukan demikian kami sesungguhnya telah mengucap perkataan yang amat jauh dari kebenaran”

Begitulah keimanan satu golongan pemuda yang dipilih oleh Allah untuk dijadikan iktibar buat pemuda hari ini. Dengan keimanan yang mereka miliki, tiada lg yang mampu mematahkan semangat mereka, sehingga akhirnya mereka diselamatkan oleh Allah daripada cengkaman raja yang zalim. Tetapi adakah kita faham disebalik kisah yang diceritakan Allah ini? apakah pula suratan yg boleh dikaitkn dengan pemuda hari ini, atau dgn lebih tepat, dikaitkan dgn KITA hari ini?

‘’Dulu mana lah sama dgn hari ini,kan? Tak sama.. dan mungkin takkan sama..dulu mana ada teknologi secanggih hari ni? Moto takde..kenderaan pun binatang ternak je. Unta,kuda..hari ni macam2 kereta dah ade...huh..’’ mungkin inilah alasan atau ungkapan bidasan yang akan didengar drpd mulut pemuda hari ini. Mungkin dari suara MAT REMPIT “Hari ni, sape-sape pun tak blh tahan melihat kehebatan motoskal YAMAHA 125Z, RXZ, TZM” atau mcm-mcm lagi kerenah tabiat pemuda hari ni. Kaki wayang,kaki lepak,kaki judi dan berapa byk lagi kaki-kaki yang ade. Akhirnya keluarlah dari mulut mereka “dulu takpe lah sbb takde pengaruh semua ni”. Semuanya yang bergelar PEMUDA. Aduhai, alangkah kuatnya islam hari ini andai tenaga pemuda digunakan untuk berdakwah. Tapi inilah hakikat dugaan dizaman remaja. Nafsu diangkat menjadi Raja.iman entah letak dimana. Banyak sirah yang kita lupa untuk diambil iktibar.



Kita jenguk kisah Usamah bin Zaid, beliau diamanahkan untuk pergi ke tempat berlakunya perang mut’ah. Di situlah bapanya, Zaid bin Harithah telah syahid. Selain itu beliau juga diamanahkn utk meninjau keadaan di al-Balqa’ dan Darum di Palestin. Perlantikan Usamah sebagai panglima perang dibantah oleh golongan munafiq kerana menganggap Usamah masih budak mentah yang tidak layak menjadi panglima perang. Kisah ini telah disebut oleh Muhammad Said Ramadhan al-Bouti dalam buku Fiqhus Sirah.

Bukan itu sahaja. ramai lagi contoh yang belum kita terokai sehingga hari ini. Contoh yang lain,Abdullah bin Abbas telah menerima gelaran Penterjemah Al-Quran pada zaman yang sgt muda iaitu ketika berumur 13 tahun. Abdullah bin Omar pula telah berhijrah ke Madinah ketika berumur 10 tahun. Begitulah sedikit contoh yang mencuit hati sy sendiri yang masih lemah melangkah ini. Walaupun umur baru saja setahun jagung, tp berjaya mendaulatkan islam ke mata dunia.

Perlu ke kita bandingkan dgn pemuda hari ini,fityah zaman global ini atau juga ar-rijal, syabab dan sebagainya,yang semua kalimah ini berdekatan maksudnya? Amat jauh untuk dibandingkan.tapi di situlah terletaknya kunci kekuatan pemuda.Kalau hari ini, heboh di dada-dada akhbar, cucu merogol nenek, anak merogol emak, pelajar sekolah menengah sudah pandai mencabul guru sendiri. Allahu akhbar. betapa jauhnya golongan remaja hari ini dengan tarbiyah. Kepada siapa perlu dipersalahkan?? Ibu bapa? Guru? Masyarakat? Pemimpin?
Tetapi sampai bila hendak menuding jari kepada orang lain sedangkan kita sendiri masih duduk berdiam diri. Cukup ke sekadar mencegah dengan hati? Itulah masalah pendakwah hari ini. Malangnya lagi,masih ade yang tidak pernah sedar untuk mencegah. Bahkan tidak pernah rasa tanggungjawab sebagai pendakwah seperti yang pernah disebut oleh baginda SAW “barangsiapa mengucap kalimah la ilaha illallah, maka dia adalah pendakwah”



Ayuhlah bangkit wahai sekalian pemuda kerana kitalah pemimpin itu,yang akan memimpin deretan bakal-bakal pemuda yang kian bertambah dan berganti generasi. Yang akan memimpin wanita,keluarga,masyarakat dan dunia. Jelas tuntutan kepada kita sebagai khalifah penyambung sirah perjalanan baginda. Sampai bila mampu kita bertahan membawa amanah Pencipta? Akan tetapi sebanyakmanapun dugaan yang menimpa, itulah hakikat perjalanan dunia. Firman Allah dalam surah an-Nisa “lelaki itu pemimpin kepada golongan wanita...”

Sejarah pemimpin-pemimpin muda terdahulu cukup kuat menunjukkan besarnya peranan pemuda ke arah mendaulatkan islam. Semoga kisah ashabul-kahfi benar-benar menanam semangat perwira dlm dada kita semua sebagai modal besar kekuatan islam di masa akan datang.

----------------------------------------------------------------------------------
Pemuda Harapan

munsyid: Ruhul Jadid


Pemuda Islam adalah pemuda harapan
Yang dengan tangannya lahir sebuah kejayaan
Menapak kehidupan dengan cahaya iman
Bergerak ke depan raih kebangkitan islam

Kita adalah singa-singa Ar-rohman
Hancur binasa musuh berbisa
Kita pejuang pembela kebenaran
Lepas belenggu runtuhkan angkara murka

Semangatmu bagai api menyala
Tergugahlah jiwa tuk turut berjuang
Pandangan matamu tebarkan cahaya
Hapus angan-angan raih kemenangan..raih kemenangan

Bangkitlah hai pemuda Islam
Kau tunas harapan penuh penantian
Wujudkanlah cita dan impian
dengan kekuatan kita kan berjaya

Bergerak ke depan raih kemenangan..
raih kemenangan..raih kemenangan!

rafizzi  – (April 4, 2009 at 10:06 AM)  

hebatnya penulisan awak.. alhamdulillah... jzkk krn berkongsi.. bermanfaat =)

Post a Comment

Semarak Perjuangan...

PERUBATAN Caw. Iskandariah

PERUBATAN Caw. Iskandariah
Laman Rasmi PERUBATAN Cawangan Iskandariah

Forum Perbincangan PCI

Forum Perbincangan PCI
Forum Perbincangan PERUBATAN Cawangan Iskandariah

Keluarga Penuntut Terengganu

Keluarga Penuntut Terengganu
Laman Rasmi Keluarga Penuntut-Penuntut Terengganu Mesir (KPT)

  © Blogger template Shush by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP