Followers

Langkah yang Keresahan

dan berangkatlah kamu berjuang dalam rasa ringan ataupun berat...” (at-taubah:41)

Terasa diri semakin lemah, langkah makin lelah, hati pula berulangkali resah. Di manakah letaknya status itu? status pejuang yg sentiasa kita sebutkan? Jiwa meronta, teguh bertahan dari mengalah!

Hari ini, hampir nus sanah (stengah tahun) kaki ini melangkah di bumi mesir ini. Bumi barokah, bumi ambiya, ummud dunya..yang bermacam-macam nama kita dengar tentangnya, makin didengar, makin resah jadinya hati ini. Langkahku terus menerus. Apa yang dijumpa seolah hanya air laut yang kosong dan masin rasanya. Tuntutan muhasabah terus kupenuhi. Hampa kembali,jiwa masih lemah untuk hadapi. Kerugian mengingatkan diri.hikmah yang masih belum dijumpai walaupun telah berzaman kuterokai...

Akhirnya, ilham dari Ilahi, terjumpa juga kunci pembuka hati. “Dan janganlah kamu merasa lemah dan janganlah kamu berdukacita padahal kamulah orang-orang yang tertinggi jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman.”

Memang itu yang ummat sentiasa alami.hari ini,tewas dimedan sendiri. Mungkin terdapat alasan peribadi tetapi itulah hakikat yang mesti kita selami. Susah getir melangkah, yg penting semangat itu penyuntik istiqamah. Tawakkal kepada Allah pelincir jalan penyudah. “dan kepada Allahlah orang2 mukmin berserah diri”.

Benar, hari ini begitu byk yg belum kita pandang. Kita di sini mungkin hidup senang. Makan disuap, tidur ditilam.tp terbayangkah kita setiap saat kenikmatan,jutaan saudara menangis kebuluran,tidur terus kematian? Sedangkan kita di sini lalai dan terus kelalaian. Resah jiwa terkadang menangis keseorangan. Agar coretan ini meluahkan perasaan supaya hati kembali diingatkan. Tanggungjawab yang difikirkan masih belum kesampaian. Apakah pandangan kita tetap terus ke depan?

Langkahan seterusnya dimedan pengajian.kesibukan dan cabaran menuntut kewajipan jgn pula kita lalaikan. Banyak yang kita terlepas pandang. Ilmu yang kita dalami,sebenarnya sebaik-baik ilmu Tuhan. Bermacam kebesaran Allah tunjukkan, tersirat didalam jutaan perkataan. Alangkah bagusnya kalau kita mampu kaitkan dengan kebenaran al-Quran. Penciptaan bayi dalam surah al-Mukminun, peredaran bumi @ planet juga disebut dalam surah Yunus. Tetapi itulah yang kita alpakan. Betapa agungnya ilmu Tuhan.!!

Kuat lagikah kita melangkah di bumi Tuhan? Sekian hari, mata meliar melihat permandangan. Alhamdulillah kerana ditempatkan di tepi pantai yang penuh keindahan. Namun bukan itu sahaja yang kelihatan. Mata masih sakit dengan fitnahan. Ciptaan Tuhan yang degil melanggar suruhan. Kita ingatkan bumi ambiya kuat lagi la pegangan, tapi sebaliknya pula kelihatan. Tudung yang singkat menjadi pilihan, baju yang ketat betul-betul menyakitkan mata memadang, wangian pula dari jauh kebauan. Masih kebingungan dengan apa yang berlaku sekarang. Tetapi itulah dugaan buat hati yang usang!

jangan kamu merasa lemah dan janganlah kamu merasa sedih...” itulah pesan Tuhan sebagai penguat semangat perjuangan. Agar hati tidak lalai, al-Quranlah sebaik-baik peringatan. Semoga muhasabah penguat langkah ke hadapan.. perjalanan yang masih panjang jgn dikaburi dengan kemaksiatan, agar destinasi perjalanan disampaikan Tuhan.

.....semoga diteguhkan langkah menuju destinasi perjalanan..."berangkatlah kamu berjuang dlm keadaan ringan ataupun berat"..al-aayah...thabbit aqdaamana....

Post a Comment

Semarak Perjuangan...

PERUBATAN Caw. Iskandariah

PERUBATAN Caw. Iskandariah
Laman Rasmi PERUBATAN Cawangan Iskandariah

Forum Perbincangan PCI

Forum Perbincangan PCI
Forum Perbincangan PERUBATAN Cawangan Iskandariah

Keluarga Penuntut Terengganu

Keluarga Penuntut Terengganu
Laman Rasmi Keluarga Penuntut-Penuntut Terengganu Mesir (KPT)

  © Blogger template Shush by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP