Followers

Amanah sebuah Perjuangan

Tik..tik.. kedengaran hp nokiaku memanggil, menandakan ada sekeping mesej diterima. Aku terus mengagak, biasanya family aku je yang send mesej melalui hp nokia bersimkadkn celcom ni. Aku terus menekan butang menu dan terus ke inbox tapi kali ni bukan mereka.. sebaliknya seorang sahabat dari Malaysia yg sudah lama menyepi. Aku terus membaca...

“Dalam jauh perjalanan, Allah amanahkan sebuah perjuangan, terimalah dengan kekuatan, kadang-kadang dugaan yang mendatang, terkadang teman tak sehaluan, terkadang kejayaan gagal dicapai. Namun itulah ujian dalam mencari iman. Moga jelas fikrah dijiwa dalam perjuangan islam tercinta untuk merebut redhaMu Cuma”

Aku tertunduk, mata sedikit berair,mengembalikan aku ke medan muhasabah. Aku meneliti setiap kalimah supaya hati aku betul-betul memahami. Moga-moga jiwa yang tenat ini terubat dan kembali bersemangat untuk terus berdiri.

Maksud disebalik mesej ini betul-betul berpijak pada realiti aku hari ini. Kekuatanku untuk menerima amanah Ilahi seolah-olah semakin lemah. Jiwa terlalu manja dengan ujianNya. Terlalu mudah untuk mengalah.Kadang-kadang bermacam alasan diberi. Saat ini, kekecewaan merajai diri. Hati seolah mati.

“SC kawan-kawan tahun 1 camne?” Tanya ketua UPI, Unit Pembangunan Insan.

Aku tersentak,sekali lagi soalan yang dulunya pernah ditanya kembali semula. Aku terpaksa mengaku..ringkas menjawab..

“tak tertanya pulak,dah terlupa nak terus follow up”

“ana pun tak ingatkan sama kita. Tak pe lah, sebelum exam ni tanya lagi skali, tengok camne. kalo tak jalan, nanti ade bunyi PERUBATAN tak de tarbiah @ tarbiah PERUBATAN tak kuat”.

“erm, betul-betul” aku sangat setuju dengan kata-katanya. Perasaan bersalah betul-betul menyelubungi diri. Satu kegagalan!!

“tak de la, maksud ana,tu tanggungjawab kita nak jalankan tarbiah sebaik mungkin,jangan culas” dia kembali menambah sejurus menambahkan juga semangat aku. Keperihatinannya banyak menaikkan semangat aku. Dada kembali lapang apabila ada yang menolong kita dari belakang. Syukran akh! Memang selayaknya menjadi mentor kami. Aku tersenyum.

“nanti ana akan usahakan” balasku dengan harapan selepas ini tanggungjawab aku untuk memantau Smart Circle pelajar 1st year tidak disia-siakan.

Smart Circle Persatuan merupakan satu wadah tarbiyah utama pelajar-pelajar di sini untuk mendedahkan mereka dengan pengisian-pengisian rohani dengan lebih praktikal. Ia juga menjadi medan untuk mengambil cakna kebajikan dan masalah-masalah pelajar perubatan di sini selain menekankan modul-modul ukhuwwah di antara kami.

Aku perlu islah semula kotak pemikiran. Tanggungjawab itu tetap amanah walau dari siapa pun ia datang,lebih-lebih lagi melibatkan hubungan sesama insan. Tak boleh disamakan dengan tanggungjawab peribadi. Bagaimana nanti apabila dipersoalkan Tuhan? Mampukah aku menjawab untuk menampung segala taklifat ini?

Selepas itu, aku termenung panjang. Ke mana pergi semangat aku yang dulu? Adakah itu retorik semata-semata? Hati aku berkecelaru menambahkan pelbagai persoalan.

“Sibuk sangat ke aku ni sampai kerja mudah ni pun tak terlaksana?” hati kecilku menyalahkan diri.

aku mengambil pengajaran. Jangan jadikan SIBUK itu satu alasan. Sampai bila pun kita tidak akan ke hadapan kalau itu kita jadikan pegangan. Teringat sepotong kata-kata al-Banna yang dulunya aku selalu sebut-sebutkan.

“tanggungjawab mengatasi masa yang ada”

Nah! Aku kembali kalah. Nikmat masa yang diberikan manusia semuanya sama banyak. Sesibuk nabi menyampai dakwah pun tetap mampu memimpin keluarga. Bahkan baginda jugalah pemimpin Negara. Baginda juga sebagai peniaga. Baginda seorang pengembala. Tapi baginda tetap berjaya melaksanakan semua tanggungjawabnya. Tapi aku, ke mana hilangnya kualiti masa yang diperuntukkan kepada aku?? Time management=failed!

Kesedaran itu kembali menyuntik semangatku. Aku sepatutnya mengambil ihtimam tentang perkara-perkara sebegini. Bukan mengambil mudah begitu sahaja. Sampai bila diri ni nak hidup manja kerana dakwah itu bukan untuk orang yang manja! Takut-takut, dicopkan Tuhan sebagai orang yang zalim lagi jahil kerana leka memegang amanah. Aku teringat sepotong ayat al-Quran yang sering menjadi hujah dalam modul-modul kepimpinan.

Aku menyemak kembali surah al-ahzab, ayat kedua terakhir.

Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanat kepada langit, bumi dan gunung-gunung, maka semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka bimbang akan mengkhianatinya, dan dipikullah amanah itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat jahil, (Yang dimaksud dengan amanat di sini ialah tugas-tugas keagamaan)

Itulah kerja-kerja utama menjadi syarat sebagai seorang khalifah. Nak tak nak, kita terpaksa bertarung dengan masa. Jika kita tidak memotongnya, pasti dipotong. Pepatah ini memang ada benarnya. Sebaliknya,habislah manusia kerugian kerana kalah mengurus masa.

Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati untuk kesabaran.(as-asr)

Surah al-asr terlintas difikiranku. Pengajaran surah al-asr yang sentiasa disebut-sebut oleh Ustazah Akma sewaktu dibangku sekolah dulu aku highlightkan supaya tidak tergolong ke dalam golongan yang terkutuk itu.

Sungguh, aku perlu tabah berjuang untuk mencari di mana nikmat iman. Getah pokok yang pahit biasanya menghasilkan buah yang manis. Begitu juga iman, untuk dapatkan kemanisan iman, mesti tekadkan usaha walaupun ianya pahit.

“.... . Namun itulah ujian dalam mencari iman. Moga jelas fikrah dijiwa dalam perjuangan islam tercinta untuk merebut redhaMu Cuma”

Potongan drps SMS tadi aku renungkan semula. Fikrah dijiwa perlu betul dan jelas untuk melangkah di pentas perjuangan yang dihampar dengan karpet duri, bukannya karpet merah yang dicipta untuk menteri-menteri. Moga redha Yang Esa mengiringi perjuangan ini.

:: jalan istiqamah itu hendaklah di atur dengan strategi yang tersusun rapi::

tarianAksara  – (November 9, 2009 at 9:25 AM)  

sekadar perkongsian, bila dalam perjuangan, rasa berat untuk diteruskan... hayatilah segenap surah as-saff, di situ ada jawapan. bila ujian tak henti mendatang, tatap pula surah al-baqarah(155-156) disitulah jawapan bagi insan2 yg mahukan kebenaran.

Post a Comment

Semarak Perjuangan...

PERUBATAN Caw. Iskandariah

PERUBATAN Caw. Iskandariah
Laman Rasmi PERUBATAN Cawangan Iskandariah

Forum Perbincangan PCI

Forum Perbincangan PCI
Forum Perbincangan PERUBATAN Cawangan Iskandariah

Keluarga Penuntut Terengganu

Keluarga Penuntut Terengganu
Laman Rasmi Keluarga Penuntut-Penuntut Terengganu Mesir (KPT)

  © Blogger template Shush by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP