Followers

Sabar Membentengi Diri

“Sakit hati... hikmah- melatih diri supaya bersabar”

Inilah status YM saya semalam sebaik sahaja mendapat satu khabar buruk drpd seorang senior. Khabar yang sememangnya sudah saya sangka, Cuma waktunya sahaja tergantung entah bila. Akhirnya, tiba juga bertandang menemui saya melalui seorang senior yang agak rapat sepanjang perkenalan di bumi Iskandariah ini.

Sabar!

Sikap hati yang saya perlu ajar untuk menahan marah. Saya sedar untuk terus bertenang. Memang hidup ini Allah hidangkan dengan dugaan terutamanya untuk menguji di mana tahap iman.

Sabda Nabi SAW datang menziarah ruangan memori..

لا تغضب

“Janganlah engkau marah”

Saat itu, seorang sahabat Nabi bernama Abu Darda’ bertanya kepada nabi. “ wahai nabi, tunjukkan kepadaku satu amalan yang akan membawa aku ke syurga” Nabi menjawab: “janganlah engkau Marah

Kemudian hadir pula potongan ayat dari surah Yusof untuk memotivasikan diri

فصبر جمِيل

“Hanya bersabarlah itulah yang terbaik bagiku”

Kisah Nabi Ya’kub yang diceritakan melalui ayat 18 surah Yusuf ini kembali melembutkan hati yang sedikit merah ini. Pengajarannya saya fahami untuk diaplikasi. Ketinggian nilai islami yang dizahirkan oleh Nabi Ya’kub sendiri sungguh mujarab untuk dijadikan ubat sabar. Baginda mampu bersabar setelah diceritakan bahawa Nabi Yusuf,anak kesayangan baginda telah dimakan serigala. Bahkan bukti palsu berupa baju Nabi Yusuf yang dilumurkan dengan darah serigala masih tidak mampu untuk menembusi benteng kesabaran yang ada dalam hati baginda. Hati saya semakin redha

Sebagai mukmin kita perlu tahu, kekuatan kita juga terletak pada nilai kesabaran. Walaupun hikmahnya kita tidak nampak dengan segera, tetapi keyakinan kita perlu ada untuk melihatnya sebagai kejayaan dakwah seorang penyeru agama kerana natijah itu mungkin diperolehi kemudian.

Akhirnya, Allah telah pertemukan semula Nabi Ya’kub dengan Nabi Yusuf. Selain itu, anak-anaknya yang telah mengkhianati Nabi Yusuf juga telah insaf dan terus bertaubat. Begitulah besarnya kejayaan jiwa hasil daripada usaha menahan sabar dan nafsu amarah.

“manusia yang gagah bukanlah dia yang mampu menjatuhkan lawannya, sebaliknya yang gagah itu ialah dia yang mampu mengawal diri ketika marahnya” (al-hadis)

Disamping memberi kebaikan kepada rohani, bersabar daripada marah juga memberi kesan dari sudut psikologi. Menurut satu kajian, perasaan marah boleh meransang pengeluaran protein tertentu yang dikenali sebagai inflammatory proteins. Protein jenis ini blh menyebabkan arteri menjadi keras yang akan membawa kesan negative kepada kesihatan badan iaitu strok dan sakit jantung.

Perasaan saya bertambah tenang lebih-lebih lagi sebagai seorang pelajar perubatan untuk mengambil tahu dan alert tentang perkara yang berkaitan dengan psikology dan physiology badan.

Tidak berapa lama status YM saya ditayangkan, tiba-tiba saya menerima 2 mesej daripada seorang rakan satu angkatan di sini. Satu daripada hadis Nabi, satu lagi sepotong ayat al-Quran surah an-nahl.

"Tidaklah seorang muslim tertimpa kesulitan, penyakit, kesusahan, kesedihan, gangguan dan duka cita sehingga duri yang menusuknya kecuali Allah akan menjadikan itu semua sebagai penghapus dosa dosanya." (HR. Bukhari dan Muslim).

"Dan sesungguhnya Kami akan memberi balasan kepada orang orang yang sabar dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan." (Q.S. An Nahl: 96).

Hati yang diserang dengan perasaan yang menyakit lagi merimaskan ini kembali pulih seperti sedia kala setelah ubat-ubat jiwa berupa peringatan ditelan rohani dengan penuh selera. Pengajaran semalam betul-betul menumbuhkan sejuta hikmah. Saya beristighfar. Semoga masalah yang dihadapi mendapat petunjuk Tuhan.

“Ketika perasaan marah berkobar, ia boleh diubati dengan azimat ilmu dan amal” (al-Ghazali)


::agar diri terus bersabar,aku harus cekal::

Post a Comment

Semarak Perjuangan...

PERUBATAN Caw. Iskandariah

PERUBATAN Caw. Iskandariah
Laman Rasmi PERUBATAN Cawangan Iskandariah

Forum Perbincangan PCI

Forum Perbincangan PCI
Forum Perbincangan PERUBATAN Cawangan Iskandariah

Keluarga Penuntut Terengganu

Keluarga Penuntut Terengganu
Laman Rasmi Keluarga Penuntut-Penuntut Terengganu Mesir (KPT)

  © Blogger template Shush by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP