Followers

Fatrah Imtihan,Kami Dambakan Kejayaan..

Hari ni final day for ‘Study Leave’. Bermacam-macam perasaan boleh dirasa. Yang manis apatah lagi yang pahit. Saya sendiri akui, menuntut ilmu ni memang sangat-sangat memerlukan ketabahan dan kesabaran, lebih-lebih lagi mencedok ilmu yang berkaitan dengan tubuh badan manusia ni. Kenapa pula? Kerana manusialah yang dikatakan sebagai sebaik-baik penciptaan seperti yang disebut dalam al-Quran.Ahsani Taqwim.

Entah kenapa kali ni rasa begitu terpanggil untuk kembali menaip post baru ni walaupun esok akan bermula final exam. Masa yang ada sekarang ni sangat singkat untuk ulang kaji semua mata pelajaran. Semoga keberkatan waktu men
dahului segala usaha-usaha ini.

Sudah cukup ke segala persiapan yang ada untuk diterjemahkan dalam kertas jawapan peperiksaan? Sesuatu yang perlu kita nilai sebelum kita meletakkan sepenuhnya tawakkal kepada Allah dari pelbagai sudut, kita memohon keberkatan waktu sedangkan kita banyak habiskan masa dengan perkara yang sia-sia, ki
ta mohon kemudahan ilmu tapi sikap malas untuk membaca masih merajai jiwa kita, kita letakkan tawakkal selepas usaha tapi kita sendiri belum sedar jarak kita dengan Pencipta.

Walaubagaimanapun, dek kelemahan yang ada pada manusia, usaha itu walaupun hanya setitik peluh yang keluar tetap dikira sebagai gerak kerja kita. Bukan bermakna kita perlu berusaha sehingga terlupa keperluan harian kita,makan minum mesti diluangkan masa, pengurusan diri perlu dijaga. Apa yang penting ialah kita pandai
menjaga kualiti masa yang ada.

Firman Allah dalam surah Al-Mulk ayat ke-2:
Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih ihsan amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun.

Berdasarkan ayat ini, Allah menuntut kita supaya mengerjakan sesuatu kerja dengan cara yang berkualiti. Imam Ibnu Kathir mentafsir ayat ini, “yang dimaksudkan dengan amalan yang ahsan adalah sebaik-baik amalan bukannya sebanyak-
banyak amalan”.

Untuk mendapatkan kualiti, satu cabaran bagi kita untuk berkerja dengan lebih keras, pandai menyusun strategi, bukan membuat kerja seperti tikus membaiki labu. Menjana professionality dalam menguruskan segala idea dan perancangan itu akan menampakkan sejauh mana kualiti gerak kerja kita.

Jadi konsep tawakkal kita perlu diperincikan supaya benar-benar dikira sebagai penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah. Usaha tanpa menjaga h
ubungan dengan Allah melalui ibadah khusus mahupun umum bagi saya tidak cukup untuk kita mendefinasikan konsep tawakkal itu secara tepat dan menyeluruh bahkan dibimbangi lebih menjauhkan diri kita dengan pencipta.

Semoga usaha dan ikhtiar kita ini dikira sebagai bukti kita untuk memiliki nikmat kejayaan baik di dunia dan di akhirat. Mujahadah inilah yang
akan menjadi asas kepada nilai taqwa untuk melawan hawa nafsu dan godaan syaitan yang direjam. Hal ini jelas disebut oleh seorang ulama yang sangat terkenal,Syeikh Said Hawa, “Mujahadah atau melawan hawa nafsu adalah titik permulaan kepada taqwa”.
Di dalam hadis nabi juga ada menyebut perihal seorang mujahid. Siapakah dia yang sebenarnya? Nabi bersabda: “seorang mujahid ialah dia yang mampu melawan hawa nafsunya”

Dengan maksud lain, benarlah jihad melawan hawa nafsu itu merupakan satu jihad yang sangat besar yang perlu kita tanam dalam jiwa kita sendiri. Bukan sekadar ketika untuk mendirikan solat, bahkan dalam segenap aspek kehidupan b
aik dalam urusan duniawi dan ukhrawi.

Dalam Al-Quran, ayat-ayat yang disebutkan tentang jihad begitu banyak sekali, diulang-ulang supaya ianya betul-betul bersemadi dalam jiwa dan dihayati oleh hati yang membaca.

“Orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad di jalan Allah dengan harta, benda dan diri mereka, adalah lebih tinggi derajatnya di sisi Allah; dan itulah orang-orang yang mendapat kemenangan” (surah at-taubah;20)

“Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keridhaan) Kami, benar- benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan s
esungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik” (surah al-ankabut;69)

“Dan orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah, dan orang-orang yang memberi tempat kediaman dan memberi pertolongan (kepada orang-orang muhajirin), mereka itulah orang-orang yang benar-benar beriman. Mereka memperoleh ampunan dan rezki (ni'mat) yang mulia” (al-anfal;74)

Semoga post kali ini betul-betul menjadi nasihat kepada yang menulis ini sendiri disamping sebagai perkongsian kepada sahabat-sahabat yang membaca untuk terus tabah bermujahadah dalam fatrah imtihan ini. Semoga termasuk dalam titik usaha kita dalam menyempurnakan kewajipan sebagai seorang hamba yang terlalu banyak kelemahan dan kealpaan. Semoga Allah kurniakan sebaik-baik kejayaan kepada kita semua dalam menuntut cebisan daripada ilmu-Nya ini. Bittaufiq Wannajah,Rabbuna Yusahhil,Amin!



::Sesungguhnya Allah menyukai seseorang itu apabila dia melakukan sesuatu pekerjaan, dia bersungguh-sungguh-(al-hadis)::

Muhammad Anas bin Kamarudin  – (July 3, 2009 at 10:41 AM)  

syukran...

Ya Allah permudahkan urusan kami...

Ibnu Salleh  – (July 3, 2009 at 10:47 AM)  

ameen..mattaufiq ya akh...moga sama2 mumtaz ye :)

yimencem  – (July 17, 2009 at 7:45 AM)  

salam. sok dh xm last.
gud luck sume2 yea.

Post a Comment

Semarak Perjuangan...

PERUBATAN Caw. Iskandariah

PERUBATAN Caw. Iskandariah
Laman Rasmi PERUBATAN Cawangan Iskandariah

Forum Perbincangan PCI

Forum Perbincangan PCI
Forum Perbincangan PERUBATAN Cawangan Iskandariah

Keluarga Penuntut Terengganu

Keluarga Penuntut Terengganu
Laman Rasmi Keluarga Penuntut-Penuntut Terengganu Mesir (KPT)

  © Blogger template Shush by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP